|
|
 |
Saturday, February 12, 2011
Selamat Kembali Kak Temah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam sebulan ni Kak Temah terfikir-fikir nak menulis balik untuk diri sendiri dan kalau ada yang terbaca kira nasiblah. Al-maklumlah Kak Temah dan AMTY dah jadi blogger pencen takde follower pun. Blog sekarang pun makin canggih dan banyak iklan. Rasa ketinggalan lah pulak Kak Temah.
Pada mulanya Kak Temah ingat nak buat blog baru saja tapi rasa sayang lah pula dgn yang sedia ada ni. Mungkin ada beberapa entry Kak Temah kena tenggelamkan sebab terasa kebudak-budakan sangat. Nak salahkan Kak Temah pun tak boleh sebab masa tu umur Kak Temah baru 17 tahun. Sekarang ni, bila dah cecah 21 tahun kena lah lagi matang, fikiran kena pandang ke depan, kena forward thinking kata orang putih. Kak Temah memang suka menulis dan bercerita, maka InsyaAllah tulisan Kak Temah nanti boleh dimanaafatkan oleh sesiapa yang terbaca dan bukan memudaratkan.
Selama hampir 5 tahun rupa blog Kak Temah tak berubah. Terasa sayang hendak diubah sebab apa yang dilihat semuanya dibuat oleh Allaryahamah Emy, pemilik blog Daily Emy yang telah pulang ke Rahmatullah pada bulan 5, 2006. Semenjak itu, agak susah untuk Kak Temah kembali ke sini.
Yang pergi tetap pergi, Kak Temah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada skin yang lama, Kak Temah sudah bersedia untuk menukarkan skin yang lebih segar dan dinamik, tetapi sebelum itu, Kak Temah kena print dulu supaya boleh ditatap untuk menjadi bahan bacaan Kak Temah sendiri.
Selepas ini, Kak Temah akan menulis dengan topik yang lebih matang disamping cerita-cerita jenaka untuk melenturkan urat yang tegang
InsyaAllah
Posted at 06:09 pm by screwloose
Permalink
Saturday, July 24, 2010
KAK TEMAH MEMBELI BELAH DI IKEA
Pada sekitar Mac, 2008, Kak Temah telah pergi membelah aksesori rumah untuk rumah Kak Temah yang baru di renovated dengan taste Kak Temah. Memang pandai Kak Temah design tau.. warna kelabu cerah, kelabu gelap dan putih. Kak Temah beli atas tangan orang. Yang buat Kak Temah suka sangat sebab balkoninya mengadap sunset. Hari2 boleh tengok sunset, tak payah nak panjat bukit ke, pegi laut ke... saujana mata memandang gitu.
Kak Temah tukar semua kemasan lantai ke 2'x2' tiles, dan takde se inchi pun tak tukar. Kak Temah perah kepala semua, cari orang buat, beli barang sendiri so Kak Temah boleh cut cost untuk perubahan maksimum.
So, bila dah siap, kena la tambah aksesori..Kak Temah pilih kaler merah untuk kebanyakan aksesori sebab tak nak nampak rumah Kak Temah tak berwarna.
Maka pada suatu hari projek aksesori di jalankan. Kak Temah telah membawa rakan subahat Kak Temah sekali untuk tolong angkat barang nanti..hehehehe
Dah sampai Kak Temah pun ambil lah trolley, Kak Temah pilih jug merah pastu masuk kan dalam trolley.. pilih gelas putih masuk trolley...alas kaki hitam merah, masuk trolley.. tempat tisu hitam masuk trolley..pendek kata yang mana Kak Temah berkenan Kak Temah masukkan dalam trolley tapi taklah sampai setengah trolley pun barang Kak Temah. Waaah kalau tengok trolley banyak dengan warna merah dan satu dua hitam dan putih je. Rakan subahat Kak Temah tolong tolak trolley.
Tengah asyik membelek tetiba baru terdengar announcement dibuat, lagi 15minit IKEA dah nak tutup, kalau nak sambung shopping boleh datang esok. Kak Temah tak kisah nak datang bila-bila sebab jarak rumah Kak Temah dengan IKEA tu jalan kaki pun sampai. Kalau nak lagi over perumpaannya, merangkak pun boleh...
Dalam kalut nak cepat, rakan subahat Kak Temah cepat2 tolak trolley, tapi sempatlah Kak Temah rembat lampu meja warna merah kalau tak silap.. bila Kak Temah nak masukkan dalam trolley Kak Temah terperasan, dan tanya rakan subahat Kak Temah sebab nampak trolley tu tiba-tiba dah penuh "Barang kau ke?" Kak Temah tanya terkejut .. rakan subahat Kak Temah pun terus tengok kat dalam trolley "Eh! Tak?Eh!!!!???" Kak Temah pun ter eh! eh! sebab trolley tu penuh dengan barang warna hijau padahal Kak Temah punya barang warna merah!!!! Eh!! Eh!Trolley orang!!! Sambil kita orang terpinga-pinga pusing kepala cari trolley Kak Temah.
Alamak! terpikir lak tuan trolley warna hijau, mesti dia sumpah seranah sebab trolley dia dah kena bawak lari.. Dengan selambanya kita orang tolak ketepi trolley tu dan chan chin chow...
Nasib kau lah tuan trolley, pandai2 lah datang IKEA balik... The next day Kak Temah datang balik pilih balik barang tapi setiap saat tengok dalam trolley tu untuk kepastian...
Sampai sekarang kalau Kak Temah ingat kes ni, Kak Temah nak gelak sebab tengok expression muka rakan subahat Kak Temah tu...blur gila muka dia masa tu hahaha
Posted at 07:19 pm by screwloose
Permalink
Thursday, July 22, 2010
Assalamualaikum,
Waah lama sungguh Kak Temah bercerita dan menjadi penglipur lara. Mencatatkan pengalaman-pengalaman yang dilalui untuk menjadi kenanangan masa lalu di masa hadapan nanti.
OK, sebenarnya Kak Temah sudah hampir sebulan MC. Inilah buat pertama kalinya MC Kak Temah yang dapat menghalang Kak Temah dari pergi bekerja. Pada kebiasaanya, walaupun MC Kak Temah tetap akan pergi pejabat, walaupun lambat tapi mesti pergi, walaupun merangkak akan ku gagahi jua. GIGIH!
Dipendekkan cerita, Kak Temah masuk ward setelah 2 bulan sakit2 kaki kanan dan kemudian naik ke tangan kemudian kaki dan tangan kiri. Dah 20 tahun tak masuk ward. Kalau ikut kelayakan insuran Kak Temah dapat masuk bilik VIP tapi takde kosong...ish company bayar insuran mahal2 tapi tak berpeluang lak nak guna. So, takpelah, tak de rezeki nak merasa bilik VIP. Kalau 20 tahun dulu, masuk hospital kerajaan kelas 2 je lah.
Kalau ikut MRI dan x-ray, tidak apa yang perlu dibimbangkan, Alhamdulillah.. Menurut kata Doktor, urat dan saraf kaki Kak Temah sebab terlalu banyak berjalan dan berdiri. Tulang rawan bengkak. Saraf tunjang bengkak lalu tersepit di tulang pinggang. Itu yang buat saraf tangan dan kaki kiri turut rasa sakit.Tapi kawan Kak Temah kata saraf tu tersepit dan terpenyek diantara lemak berlebihan kat punggung tu..HEPP! Tak baik tau..
Doktor kata Kak Temah kena buat physio therapy sebab Kak Temah tak boleh dah nak berdiri , berjalan mahupun merangkak dan gerakkan tangan lebih pun sangat menyakitkan. Jadi Kak Temah pergilah buat physio therapy tu. Kak Temah telah dilayan oleh seorang misi.
Dengan yakinnya, misi tersebut telah membaringkan Kak Temah dan memakaikan Kak Temahi hollow(tak pasti spelling nya) di leher. Kak Temah tanya misi tadi, apa kaedahnya dia guna kan. Dengan yakin misi menjawab bahawa saraf Kak Temah perlu diregangkan dan diluruskan, pendek sahaja jawapannya. Katanya proses regangan mengambil masa 20 minit, Kak Temah di beri butang kecemasan untuk stand-by.
Proses regagnan leher berlaku, mesin tu meregangkan leher Kak Temah dari badan.. pendek cerita seperti ditarik panjang dan di kendurkan beberapa kali.. ala2 proses menjinjangkan leher... Dalam hati Kak Temah tertanya, yang sakit kaki dan tangan, apa kena ngena dengan leher. Kak Temah pun dah terasa leher Kak Temah dah cukup jinjang dalam masa 5 minit. Tak sanggup lak nak jadi leher zirafah kalau tunggu 20 minit, makanya, Kak Temah panggil lah misi tadi mohon keterangan lebih lanjut. Begini kata misi tadi "tulang belakang akak bengkok dah lari tak selari dengan tulang kat leher tu, saraf akak pun dah lari, tu yang buat akak tak boleh bangun. Jadi proses ni kita nak selarikan dengan leher, tulang belakang dan saraf tu". Dengan pelik Kak Temah pun membalas " Dik, yg sakit kaki dengan tangan akak je.. memanglah akak naik wheel chair, tapi cara adik cakap tadi macam orang sakit tak boleh bangun je,sakit terlantar..kau biar betul" .." betul kak, nanti saya check file ye" kata misi tadi sambil berlalu untuk menyemak fail.
Di sebalik tirai di hujung katil kedengaran sayup "alamak! tersalah patient! macamana nak cakap ni..maluuu!". Aiyyoooo dalam hati Kak Temah, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, tapi Kak Temah cool aje sebab anggap dapat khidmat percuma proses jinjangkan leher..
Misi tadi menghampiri Kak Temah "Kak, saya nak cakap malu, tapi saya tersalah patient"... Sambil menahan perasaan yang bercampur baur, nak gelak, nak marah Kak Temah pun suruh cepat2 dia berhentikan treatment tadi dan sempat memberi sepatah dua kata "nasib baiklah kau tak bawak akak kat bilik bedah, lepas bedah akak, kau cakap alamak salah patient, nahas kau dik".
Gitulah kisahnya.. aiiyyooyooo harap misi-misi dan doktor-doktor lebih teliti apa tah lagi ia membabitkan nyawa dan masa depan pesakit.
Moral : Jangan meredhakan diri di buat sesuka hati walaupun pada orang yang kononnya arif... bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.....
Posted at 11:57 pm by screwloose
Permalink
Thursday, June 19, 2008
Pagi tadi K.Temah ke Kuantan, bertolak dari KL jam 11am..bertolak balik jam 3.30pm.. Biasalah bila drive sorang2 macam2 benda terfikir...mcm2 benda kena fikir.. Dlm perjalanan beberapa jam tu K.Temah seperti tersedar yang K.Temah telah kehilangan sesuatu, seperti ada dalam diri K.Temah yang telah jauh ditinggalkan dlm mencari rezeki..hhmm rezeki?(hmm...relax K.Temah katakan saja kemewahan..jgn malu unt mengaku..Allah tetap tahu)
Sebenarnya, sehingga sampai rumah K.Temah tidak tahu apa yg telah K.Temah hilang...apa yg tidak kena..walau sibuk mencari sesuap nasi K.Temah tidak pernah menjual prinsip diri, rezeki dikongsi, iman tetap tersemat di hati. Namun, orang tua selalu berpesan kalau diri semakin tak kena...muhasabahlah diri... ada sesuatu yg telah lama kita tinggalkan...carilah ia unt menjadikan kita kembali ceria.
K.Temah jarang nonton tv..tapi tadi K.Temah on TV..tukar channel sana sini.. tertekan TV9, ada Akedemi Al-Quran. Hmm ramai yg buat review realiti show tapi rata2 hiburan.. takde pulak yg rajin menulis pasal Akedemi Al-Quran. Mungkin kurang minat, kurang arif atau kurang glamour. Bila peserta mula mengaji Al Quran K.Temah mcm terbuai...K.Temah turut mengikut bacaan Al-Quran yang tertulis di kaca tv. Lama2 K.Temah terasa sebak... Ya Allah ini lah yang telah lama K.Temah tinggalkan... K.Temah sudah lama tidak mengaji Al Quran, tidak seperti dulu. Sekarang, bacaan ayat2 suci keluar daripada mulut K.Temah hanyalah semasa solat, sebelum tidur, sebelum keluar rumah, sebelum memandu..semasa kematian...masa bila lagi ye.. itu saja ke..?? Astaghfirullah...Al Quran hanyalah peneman K.Temah di dalam kereta...betapa K.Temah tidak silu memegang AL Quran bila ketakutan tapi K. Temah sendiri sudah lama tidak membuka dan membacanya.... Alhamdulillah, K. Temah dapat segera menjumpai yg telah hilang.... Masa kecil K. Temah memang aktif dan lasak tapi K.Temah dapat membaca Al Quran sebelum tadika lagi.. Mak Abah hantar kami adik beradik mengaji pada uwan dan nenek Nafsiah yg memang terkenal dengan kepakaran mereka... malah K.Temah pernah menjadi Qariah semasa di sekolah rendah..K.Temah boleh hafal yassin, surah Al Baqarah dan banyak lagi surah Al Quran tetapi semakin lama semakin hilang...hilang kerana makin lalai..hilang kerana bukan kebiasaan lagi....Ya Allah aku manusia yang lalai... Kau tunjukkanlah aku ke jalan yang diredhai..Jangalah kau terbalik kan hati ku Ya Allah...
BTW..KErr.. K.Temah peratikan ustaz2/juri2 hensem, muka bersinar2 bersih..sejuk mata memandang..pandai buat kelakar pulak tu... calon suami mithali tapi orang macam ni selalu dah kawin muda..yg tinggal spesis2 tak tentu hala....hmm merepek lak..hehhee peserta-peserta pulak begitu mangagumkan K.Temah..Subhanallah, Alhamdulillah masih ramai lagi umat Islam kita yang tidak lupa...lalai... sejuk perut ibu mengandung...
Tahniah kepada TV9 untuk program realiti TV yang mampu menarik umat yang lupa seperti K.Temah ini...
Posted at 09:51 pm by screwloose
Permalink
Sunday, May 04, 2008
Assalamualaikum kawan-kawan,
Lama Kak Temah tak bercerita-ceriti di sini. Kononnya masa begitu mencemburui Kak Temah , dulu2 bos lama Kak Temah selalu kata tak cukup masa, tak cukup masa.. kena kerja lebih..kerja lebih kerja lebih..tapi pada Kak Temah Allah dah beri 24jam dalam sehari, kali dgn 7 hari ada 168jam seminggu..kali setahun..banyak masa sebenarnya. cuma bergantung pada individu bagaimana nak fully maximise masa. Kalau org tanya Kak Temah bagaimana Kak Temah guna kan masa...hmm....mungkin ambik masa juga Kak Temah nak beritahu setiap aktiviti Kak Temah dalam sehari. Kak Temah memang tak suka buang masa, kalau Kak Temah jalan mang pantas, punggung pun tak sempat nak hayun ke kiri ke kanan ala2 itik gembo2..laju je..rasanya kalau Kak Temah pi training unt walkathon kemungkinan besar Kak Temah boleh wakil negara takpun sekurang2nya wakil daerah..
Dalam 6 bulan lepas, Kak Temah masa K Temah terisi dgn terkejar sini sana dgn beberapa projek peribadi..reno rumah..tlg kwn2 reno rumah..tolong along reno rumah... bikin kereta lama..berangan nak drift... dan yg latest edition bukak dobi... Satu hari K Temah terbangun tengah malam terpikir nak bukak dobi.. tetiba je muncul dan esok tu satu hari suntuk K Temah google cari info .. K Temah buat few appointments dgn supplier.. walaupun K Temah kurang arif dgn mesin dobi ni tapi K Temah ni org technical jadi sikit sebanyak bab technical supplier takleh gebang laa.. Hari ke-2 K Temah google K Temah jumpa tempat yang buat training berbayar.. terus K Temah call dan register.. sambil menunggu hari Training dalam seminggu lagi, K Temah usha2 lah kedai yg kosong kat Mutiara dan Damansara Perdana. Sewanya Allahuakbar mahal giler area situ. Tetiba Kak Temah teringat kedai kat bawah Apartment K Temah kat DP, begitu strategic. Bila call management kata takde kosong. K Temah call agent K Temah and bingo!!! ada ksong unt disewa pasal tenant dah tak byr 4 bulan.. berhari2 K Temah lepak kat bawah lobi nak tgk ramai tak yg bawak baju sebakul ke seguni nak antar dobi dan spt yg dijangkakan memang ramai pun yg hantar dobi kat luar. Sehari lepas training K Temah bawak trainer unt tgk tempat dia kata sgt strategic dan terus K Temah booking kedai.. Hmm dalam masa 10 hari terpikir nak bukak dobi tak terpikirpun nak terus sewa kedai sebenarnya. Tapi yg paling K Temah frust kontraktor ambik dlm 2 bln setengah nak reno unt kedai yg cma 557sqft.. bila K Temah kerah suruh cepat, boleh dia kata, takpe kak, kedai ni bagus takpe lambat sikit.. Padahal K Temah dah bayar sewa for 2mths tanpa jln bis pun.. duit keluar mcm air je.. Nasib baikla dia buat cantik juga..kalau tak ,harus ku gusti..
Alhamdulillah, kedai dah mula beroperasi pada 2hb Mei lepas dan syukur jugak, hari pertama dah ada pelanggan, hari ke-2 pun ada juga.. Hari ni K Temah bukak kejap je pun ada juga..so sinar harapan tu ada la. Tapi kan customer K Temah takde Melayu lagi, customer pertama neighbour kedai K Temah, dari Ceylon, ke-2, Indonesian yang anta 2 guni..ke-3 Cina..ke-4 pun Cina...hari ke-2, tolak Along, pun takde customer Melayu..Ceylon, Cina, Omputih..K Temah ambik positively, rasanya dobi K Temah ni ala2 "World" lah kan sbb customer antarabangsa gitu..
Sebenarnya K Temah bukak dobi ni unt passive income for my parents and Pyan satu2nya adik K Temah.. Kalau Pyan nak berhenti kerja dan nak concentrate biz ni K Temah boleh handover terus kat dia... Sekarang ni pun nampak mcm dia dah mula minat nak ambil tahu banyak benda... Kalau dia betul2 minat nak take charge... K Temah lagi suka sbb ini bukan unt K Temah sepenuhnya sebenarnya.. Bila org tanya K Temah, K Temah kata dobi ni Pyan punya semuga masin mulut K Temah... Perancangan unt dobi ni melebarkan sayap juga sudah ada.. biar satu satu dulu..
Selain dobi, ada lagi projek dlm perancangan dgn Along. Nama syarikat dah register... Dari kecik K Temah mang kagum dgn Along. Along lah org yg pertama dlm ramai2 sepupu yang pi sekolah asmara dan Along lah yg paling pandai. Memang Along sudah punya kareer yg mantap tapi K Temah rasa Along patut dapat lebih daripada itu. Bila ada jln, peluang, kena masanya K Temah tidak fikir 2,3 kali..Along yg K Temah teringat.. Alhamdulillah ruang dan jalan unt Along sudah ada....
Terfikir unt menceburi dalam idustri pemakanan.. Mungkin akak lebih layak untuk menerajui. Akak seorang yg begitu sistematik dlm bajet, filing sistem dll. Pernah K Temah di tipu oleh CIMB bank dimana duit K Temah ditarik balik oleh CIMB dari account Bank Kak Temah kerana menerima arahan dari bekas majikan untuk menarik balik RM10K dari account K Temah.. gila kan CIMB Sri Petaling!! Akak lah yg telah berusaha untuk call Bank Negara dan organisasi berkaitan untuk menyelesaikan masalah. Dalam masa kurang 2 jam Bank Negara telah memberi Amaran kepada Asst Manager CIMB unt masuk kan kembali duit K Temah. Asst Manager tersebut juga telah menghubungi K Temah untuk meminta maaf dan mintak K Temah tarik balik report ke Bank Negara kerana takut akan diberhentikan kerja...
Bidang fesyen pun K Temah berminat. Abg cik sangat layak unt itu!! Mungkin dia kurang berpengetahuan dalam biz management tapi unt design, consultation sememangnya layak. Dia memanglah tidak sepopulor Rizalman, Razwan Razwill dll... tapi pengalaman sebagai lecturer, stylist dan consultant tidak boleh dipandang sebelah mata. K Temah bangga ramai student dia berjaya menempa nama spt Hatta Dolmat dll....
Hmm.. tunggulah ..satu-satu dulu... nak guna byk duit juga tu... satu hari nanti..InsyaAllah
Posted at 02:15 pm by screwloose
Permalink
|