Banyak perkara baik, nakal, sumbang dan pelbagai lagi perbuatan2 tak masuk akal yg telah aku lakukan selama dari kecik sampai la ni. Banyak benda telah aku tempuhi, kegagalan, kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Yang baik aku jadikan tauladan dan yg sumbang aku jadikan sempadan. Nak tahu sedikit sebanyak perkara sumbang, setan, busuk dan wangi yg pernah aku lakukan?Check This out babeh!!
Perkara paling sumbang yg pernah aku lakukan :
1.
Menyumbangkan suara ketika darjah 5 di Konsert Penyampaian Hadiah Sek.Keb. Rahang;Lagu dendangan - Madu Tiga,P. Ramlee(sampai sekarang aku tertanya2 kenapa aku sanggup bawak lagu tu sedangkan aku ni pompuan, tak faham tul lah. Kalau mak aku tau musti aku kene sekeh sbb lagu tu amatlah sensitip tahap langit ke tujuh bagi kaum Hawa)
Perkara paling gangster yg pernah aku lakukan :
1. Pancitkan tayar kereta jiran rumah mak abah aku (ke 4-4 tayarnya) sebagai tanda protes atas perbuatannya mencampakkan basikal BMX aku yg aku park depan rumah dia..itulah balasan bagi orang yg kedekut tanah!!Hahahaha padan muka dia..*gelak samseng Kg. Dusun*
2. Menggulung rokok daun dan belajar sedut rokok daun dgn abg cik dan kawan2 ketika darjah 3 di luar padang sekolah(ish..aku rasa aku perasan jantan lah dulu!Tapi yg best tiada seorg drp kami yg merokok sampai la ni..aku apa ntah lagi..)
Perkara paling busuk yg pernah aku lakukan :
1. Nature call..(errr the big one)
Perkara paling baik yg pernah aku lakukan :
1. Tidak menyebut perkara2 baik yg telah aku lakukan..(tak baik menunjuk2..tak ikhlas lah pulak kalau sebut2)
Cheers!