If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Saturday, August 28, 2004
Malaysian Idol - 80s

Yeah minggu ni tinggal 8 orang. Aktiviti minggu ni ialah mari perabihkan duit di Chin Chong Kai (Spell?) atau nama scientificnya PS Boutique…Hehehe Petaling Street lah tu.. bukan ke Petaling Street dah berwajah baru jadi nama diapun kita upgradekan lah ye..baru standard sikit… Setiap sorang kena belikan hadiah untuk setiap peserta melalui undian gitu. Ok, tema minggu ini ialah 80-an.. wallaaa ala2 mengimbau kenangan lama gitu.. skirt pendek..anting2 besar penuh dgn warna…teringat pulak Cindy Lauper dan Madonna zaman tu. Kalau zaman sekolah popular dengan seluar / kain baju kurung yg ‘steng’, rambut keras ditepekkan gel… ish merepeklak aku pepagi ni..

 

Ok, Ingatlah review kita minggu lepas? Kita rate kan semua peserta dengan microphone bukan bintang2 lagi. Sekiranya ini adalah pertama kali anda di sini, sila scroll kat bawah untuk mendapat kan gambaran yg lebih jelas cara pembahagian microphone.. Kita mulakan dengan peserta pertama Nikki.

 

Nikki – 3.5

 

Take good look at me now…Yes! Yes! Fantastic!! Excitednya Roslan Memuji. Walaupun masa mula2 ada kureng sikit tapi pertengahan and towards the end tu bagus tambah Pakcik Roslan(bersongkok baru balik dr surau ke Pokcik?) . Gee kata she did great today walaupun ada pitching prob here and there. Overall, well done!! Paul kata masa nada pelan tak berapa bagus sangat tapi lepas tu ok. Aku pulak rasa, masa awal2 tu memang macam ada yg tak kena tapi lepas tu macam Nikki baru sedar dari mimpi…gedebak gedebuk dia belasah nyanyi..baguih! baguih! Job well done! Oh yes!! Muka dia dah ok dah bila masa judges bagi komen… dah nampak relax sikit.. err.. korang perasan tak dia ada iras mcm Deja Moss lah pulak… sore pun husky camtu gak… hmm..

 

Saiful – 2

 

Roslan kata Saiful masih manis dan lawa. Namun ada kelemahan pitching. Sepatutnya bila nyanyi lagu2 lama kena buat style sendiri bukan . Hmm betul jugak tu aku kata, nampak mcm Saiful nak copy Arwah Abang Sudir ku (Milik Siapakah Gadis Ini), hm nanti hari jadi Saiful akan ku hadiahkan photostate machine.. Gee tahu Saiful dah buat yg sebaik mungkin tapi just not good enuf. Paul pun kata not good enuf. Paul nampak frust  je dengan Saiful sbb dia kata Saiful has the potential tapi dia tak tunjukkan.. masa rehearsal dia bernyanyi dgn baik tapi masa live dia tak tunjuk pada semua rakyat M’sia. ‘I Want to kill u’ *buat gaya nak mencekik* kata Paul. Hmm.. Paul, apa benar ko nak cekek dia…yeah cekik kan untuk aku sekali sbb aku pun frust giler dgn dia ni. Pada aku, bila dia nyanyi lagu ni suara dia mcm leper… leper mcm kena gelek dek steamroll(spell?) buat jalan tar tu..

 

Jack – 4

 

I feel for u babeh…Roslan kata Jack nampak comfortable dgn lagu Chaka Khan(Chaka Khan ni sepupu sepipit Salman Khan or Shah Rukh Khan kaa). Jac, jawab I ingat Abg Roslan nak kata I nampak comfortable dgn baju ni…(baju itam…skirt pendek..gaya 80an). Roslan kata lagi she sang very well. Gee lak kata…’ I like the cloth..earings..bla bla blablaa. Paul kata lak she sang like a rehearsal for karaoke session. Anyway it was good but should be better. Hmm aku lak kata… Jac memang la bagus tapi last week dia set satu standard yg tinggi jadi minggu ni sepatutnya melebihi drp minggu lepas.. expectation aku tinggi sangat kot.. Apa2pun dia memang bagus!

 

Victor – 2

 

Roslan kata Victor macam nyanyi karoeke kat Pudu. Sekarang MI finals but he didn’t show macam kat final.. Gee kata ‘just not good enuf for me’. Paul kata ‘ur speciality is doing nothing special’ kekeke.. Paul kata mesti org ingat dia senget sikit sebab sebenarnya dia suka style yg Victor tampilkan tapi bab vocal dia setuju dgn Roslan dan Gee. Mengikut pemerhatian aku lak..dia selamba badak je nyanyi lagu Widuri sambil tangan kiri seluk poket, mcm nak carik duit syiling bila nak masuk tandas kat shopping complex gayanya. Lagi satu, dia terlupa lirik sat dan masa tu aku tak taulah dia nyanyi ke dia bebel….  Tapi respect gak lah kat dia sbb dia cuba nak bawak lagu Melayu walaupun ada pelat2 skit. Bravo!!!

 

Vick – 2.8

 

Roslan kata dia pernah tengok M. Muthu Jackson, M. Hussin Jackson, ni first time dia tengok M Chong Jackson… looks funny kata Roslan. Gee, kata ‘ I’m very proud of you. Good try!’. Paul geleng2 pala kata… Horroble! Dia kata macam tengok org nyanyi kat birthday party je.. Aku lak kata.. dia nak tiru sebijon mcm MJ kot..siap ada bunyi ‘hick-up’ atau tersedu bila makan tak cukup air tu….uishh nak membesar lagi lah tu..

 

Dina – 3.8

 

Roslan kata dia bawak kontrak untuk Dina sign malam tu kalau setuju.. Dina sengeh-sengeh.. Dina oh Dina! Baca kontrak betul2 ye..don’t get over excited with that offer.. Kerja Roslan memang bagus tapi kalau hang sign tahun ni tak tentu 5 tahun lagi hang dah ada album tau…berbincanglah for benefit of both parties. Gee, kata Suara Dina power, pilihan lagu bagus. Paul kata dia letak harapan yg tinggi pada Dina tapi mlm tu baru dia realized Aisyah memang penyanyi yg baik… Apapun2 she did well kata Paul. Aku setuju dengan Paul.. memanglah power si Dina ni tapi minggu lepas tu outstanding sangat…

 

Andrew – 2.8

 

Roslan kata dia tak kisahlah org kata tapi dia suka Andrew sebab whenever bila dia nyanyi Roslan boleh relate. Gee kata Andrew nampak nervous dan Gee kata dia tak feel pun lagu tu..sebab Andrew duk senyum2. Adrew jawab lagu tu lagu happy.. aku lak kata memanglah lagu happy kena senyum tapi senyum dia tu mcm bukan feel sbb lagu tapi sbb nak ilangkan nervous… mata melilau ntah ke mana… Paul kata tak menjadi.. membosankan… dan ada pitching problem.

 

Zamil – 3.3

 

Roslan kata Zamil dah cuba yang terbaik but just not good enuf. Tapi bapak dia and mak datin pasti akan vote for him Gee kata ada pitiching prob. Paul kata.. ‘1 word dude..1 word… karaoke’. Aku kata … boleh lah pada lelaki2 yg ada, …. Suara dia besar, garau.. lagu pun aku suka lagu James Ingram ni..sesuailah jugak dia bawak lagu ni.. tapi seperti ada sesuatu yang kurang…

 

Well, malam semalam mereka telah cuba yang terbaik tapi just not good enough. Ramai yg nyanyi macam kat karaoke je. Lagu 80an ni banyak sedap2 jadi aku punya expectation setiap lagu yang mereka nyanyi boleh mengimbau kembali kenangan lama… macam bawak balik aku ke zaman 80an… tapi ala2 ‘pelamin angan ku musnah’ gitu, harapan tinggal harapan… sebab aura 80 an tu aku tak dapat rasa… something missing.. mungkin sebab pemilihan lagu kot.. aku rasa patutnya depa nyanyi lagu yang ada nostalgia sikit…jadi baru penonton dapat relate baru lah penonton dapat kembali ke zaman 80-an…bila hati penontonpun seronok barulah dapat pancing undi…

Posted at 01:09 pm by screwloose

Emy
August 28, 2004   01:31 PM PDT
 
Aku punya komentar pun lebih kurang sama jer la. aku ada buh kat blog aku la. ko baca la tp aku rasa IMHO jac nampak cam over confident sket la. tp tatau la. But she still the best. but this week is nikki's week. papai.. datang blog aku lak. hahahah ..
Hillpark
August 30, 2004   01:43 PM PDT
 
Last Friday manage to watch MI with pengkritik tak professional(i.e. my sisters and my brothers). Finalist MI menyanyi macam tak cukup rasa tak de ummph. Mungkin sebab lagu tu dah di pendekkan example lagu MJ yg Vick bawak tu kalau full song maybe lebih fun sebab nak kena menari etc. Try to compare Janji Manis Mu.. Farah and Dina, I think I prefer version farah sebab ‘terasa lemak manis’ tu

Screw betul kata awak tu Dina kena baca betul-betul kontrak yg si Roslan tu :)
screwloose
August 30, 2004   03:27 PM PDT
 
I agree.. farah lagi lemak berkrim drp dina
SuMie
September 10, 2004   12:30 PM PDT
 
Aku pun setuju dengan Hillpark, kurang umph sebab lagu tu ikut jalan shortcut. Kan ada pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan. Kalau nyanyi bebetul satu lagu penuh, baru penyanyi dan pendengar memasing dapat feel. Sama la kalau aku nyanyi Twinkle² little star.. pastu berenti, nanti Raha terkebil2 pandang aku sebab dia pun rasa lagu tu cam tak abis jek.. Err... relevan ke komen aku ni?
screwloose
September 15, 2004   12:19 PM PDT
 
boleh diterima pakai...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry