If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Friday, September 03, 2004
Iklan Merdeka Petronas Berjaya Menggamit Kenangan Lama

Menonton iklan Merdeka Petronas, berjaya menggamit kenangan lama. Seperti dalam iklan itu, aku juga ada seorang sahabat baik yang berbangsa India. Kami amat rapat. Ketika itu aku bersekolah tadika. Siva namanya. Bapanya nama Salam, abangnya pulak bernama Sathi..mak dia aku lupa.. Kami sering belajar bersama..bermain bersama.. Dia tinggal di sebelah quarters abah di Rembau. Dia ajar aku cakap orang putih dengan sebutan ‘Rrr’ yang ditekankan, sambil kepala yang digoyang2kan, aku mengulangi percakapannya dengan kepala yang bergoyang juga, dia selalu berpuashati dengan keupayaan aku… dia ajar aku cakap Tamil juga ( Uncute & Emy-itu pasal lah aku suka tinggalkan voice message dlm bahasa Tamil kat korang). Aku selalu ajar dia ABC-Z dalam sebutan yang betul. Tapi selalu terkantoi bila sessi belajar baru nak bermula… “Yei” kata Siva, “A” kata aku..”Yei!!” tekannya lagi.. “A!!!!” tekan ku lagi .. “Yei”.. “A” “Yei” “A” aku membetulkan sebutannya.. “Yei!!!” “Ahh! malas lah aku ajar kau..orang kata A kau kata Yei”… aleh aleh.. sessi belajar kami terbantut di situ saja..dan di sambung dengan sessi bermain yang lebih happening. Perhubungan kami agak renggang bila ayahnya berpindah di taman berdekatan dalam tahun yang sama.. kami berpeluang bermain dan belajar bersama pada hujung minggu sahaja.. dan hubungan kami terputus terus setelah abah bertukar cawangan di Seremban. Sudah 25 tahun aku tinggalkan zaman itu dan aku hampir terlupa namun iklan Merdeka Petronas tahun ini berjaya mengembalikan aku ke zaman itu. Aku masih ingat wajah Siva….mukanya selalu putih mengelupur dengan bedak…putih sampai ke leher..aku selalu ejek dia dan dia pasti mengejar aku sambil mengejek aku balik “Kau anak angkat cina tau? Tara malu!!!” Hmm..Di manalah dia sekarang. Dia seorang bijak, aku percaya dia mempunyai kehidupan yang sempurna kini.


Posted at 12:51 pm by screwloose

Ilham
September 3, 2004   02:06 PM PDT
 
boleh pun komen..aku cuba try test ajer..hehehe...sebenarnya siva dah masuk kristian dan tukar nama dia pada Cik Julian!!!....huhuhu...dei..wangghe wangghe...ko kecik dulu mesti siva panggil screwirathiloosemenachi..hehehe...

..actually, i was a bit touched by that merdeka iklan too...simple storyline with beuatiful message...but how come 2 anak muka melayu and 2 lelaki Indian... both ada 1st marriage kot??

....kalu ikut skrip aku, bini husband adibah amin tu mati migraine dan husband adimah mati naik motor ...dua dua jumpa kay hospital dan berkenalan dan husband Indian dia tu keje askar...

..skrip ko camna pulak???
screwloose
September 3, 2004   02:13 PM PDT
 
kekekek.. apa lah kau... dah tentu laki adibah tu india masuk islam..mesti la anak dia belang-belang... 2 orang ikut bapak 2 org ikut omak ee...

tapi skrip aku... adibah tu maid je.. tu dia tengah hidang kan air kat tuan rumah... yg muka melayu tu anak adibah..anak dia tolong mak dia buang sampah.. dan siram pokok bila petang... itu skrip aku laaa
ritosritina
September 3, 2004   02:22 PM PDT
 
emmm...tengah karang skrip.... : P
SinChan
September 3, 2004   06:16 PM PDT
 
tak pun, yg lelaki tuh ex pakwe dia yang ke 5. ada anak 2 org, kawin ngan pompuan india. dia sesaje jer berhari raya merdeka umah adibah tuh. yg dua org pompuan tuh anak adibah. suami adibah buat ot, upah triple keje hari merdeka. pendek citer, adibah amin tu kawin ngan melayu sebenarnya
screwloose
September 3, 2004   07:15 PM PDT
 
ok jugak skrip ko tu sinchan..kekeke.. sapa lagi ada skrip lain???
rain
September 6, 2004   08:42 PM PDT
 
huhu.. skru.. aku doakan engkau akan bisa ketemu lagi dgn siva itu yaa.. mcm iklan tu jugak.. ekeke :)
SuMie
September 10, 2004   01:14 PM PDT
 
Skru, ko musti maintain slim, supaya bila Siva jumpa ko nanti, dia takkan rasa menyesal datang jauh² dari Madras semata² cari ko
screwloose
September 10, 2004   03:11 PM PDT
 
sumie, aku akan tetap berusaha untuk memperbaiki kesliman aku... kekekek
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry