Aku tidak pasti kejutan ini satu kegembiraan atau kedukaan kepada pelajar2 yg sudah terkeluar dan pelajar2 yg telah berjaya ke peringkat akhir. Apa2pun aku
cuba meletakkan diri aku di dalam kasut pelajar2 tersebut. Sekiranya aku menjadi si polan dan si polan bagaimakahkah perasaan aku untuk menerima kejutan ini. Sekiranya aku menjadi :
- Edlin – Rasanya takde harapan. Tak apa kalau tak masuk, aku pun dah popular sekarang (Aku ingin mengishtiharkan bahawa aku adalah salah seorang peminat Edlin)
- Fitri – Nak masuk! Nak masuk! Undilah aku jadi temanmu!
<
- Anding – Enuf for me! I think this is ridiculous.
- Zarina – Masuk Ok jugak. Lagi bertambah popular akaq.
- Nurul – Mintak ampun! Dah jeran masuk AF.
- Linda – I deserve to be Top 5.
- Mas – Lebih baik aku di luar saja. Aku tak mahu dikeji dan dicaci lagi. Rezeki ada di mana2.
- Bob – Korang tau tak punya lah payah aku nak maintain ke tahap sekarang ni?Kalau macam ni dah takde harapan aku nak dpt Top 3!
- Kaer – Apa2lah Astro.Ko bagi je lagu R&B kat aku final nanti.
- Fara – Yeaaah! Ada org teman kan aku tidur dan pegi toilet
- Zahid – Yang pasti takde sapa yg boleh gelek seperti aku di AF2.
- Adam - *Nangis..nangis..nangis* Ahh.. tak tido malam dok memikirkan nasib di konsert akhir. Kalau lah si polan tu masuk..aku mesti tak dpt no 1. Ishh ini tak boleh jadi minggu lepas aku no. 1. Aku kena kekal no. 1 juga. Aku kena perbanyakkan sesi menangis.
Aku tengok dan dengar ramai yg mempunyai pandangan yg berbeza2 mengenai perkara ini. Aku pasti sesuatu perkara yg dilakukan oleh Astro pasti ada sebabnya. Tidak kiralah kerana duit, duit dan duit atau ikhlas mahu memberi peluang kepada pelajar yang terkeluar kembali memberi saingan kepada 5 pelajar yg lain. Hanya Astro yg mempunyai jawapan yg sebenar. Ada diantara kita yg berduka dan gembira dengan kejutan ini.. Ananda Krishnan ketawa gumbira, siapa dia?
Apa2pun aku berharap ke 6-6 pelajar memberi saingan hebat. Aku mendoakan ke 12 pelajar AF2 ini dapat menjadi penghibur/pelakon/penari yang berjaya di satu hari kelak. Ada orang berpendapat, kita mahu melihat bakat sahaja, kejujuran yang ditonjolkan tidak penting. Tidak pada aku. Kejujuran dan bakat perlu ditonjolkan sama . Kita sudah ada ramai artis yg berhati plastik, yang berdolak dalih dan yang mementingkan diri. Kerana itulah industri hiburan kita hanya berada di tahap ini dan tidak dihormati. Kepada adik2 AF semuga kamu berjaya di dalam apa bidang yg diceburi dan hindarkanlah diri dari terpesona dengan kemewahan dan dunia glamour sehingga menyebabkan kamu tergelincir daripada landasan. Ingat, kami juga yg bertanggunjawab membawa kamu semua ke persada seni ini, maka janganlah hampakan kami.
Posted at 02:41 pm by screwloose
 |  |  |
Zidane August 9, 2004 02:45 PM PDT
hahahah..! lawak! |
 |

 |  |  |
Emy August 9, 2004 04:23 PM PDT
Mmg best!! |
 |

 |  |  |
SuMie August 9, 2004 07:05 PM PDT
Ko nih memang dilahirkan lawak ek. Aku rasa masa ko lahir jek, mak bidan tu dah ketawa berdekah-dekah. |
 |

 |  |  |
screwloose August 10, 2004 08:28 AM PDT
ish sumie..hang ni mcm tau2 je. Kena lawak2 selalu..awet muda ooo |
 |

 |  |  |
Watie August 11, 2004 03:23 PM PDT
aku sokong
|
 |

 |  |  |
PA August 16, 2004 01:54 PM PDT
first berkunjung nih.. screw ada makan-makan ker?..
anyway PA sokong U..walaupun skru dah longgar, boleyy kasi ketat balik aaa |
 |

 |  |  |
screwloose August 16, 2004 02:53 PM PDT
PA.. makan makan tetap ada..dun wori..lagi banyak makan2 lagi banyak rezeki kita melimpah ruah |
 |

 |  |  |
Eisyaarina August 16, 2004 06:11 PM PDT
PA,
Kelakar lah u ni.... |
 |

 |  |  |
screwloose August 17, 2004 08:23 AM PDT
Eisya ni memang sah.. angau kan PA..ye..tembelang anda sudah pecah..kekekekek |
 |

 |  |  |
shamina August 17, 2004 11:26 AM PDT
hah hah... panjang betul imaginasi screw ni eh.. wpun dah longgar sket!! neways, liked the idea!! |
 |