If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Tuesday, September 07, 2004
AMTY-2nd Gathering

Yeah!! Yang ditunggu telahpun tiba, akhirnya perancangan dimakbulkan Allah. Aku datang lewat hari tu kerana terpaksa bekerja demi mencari rezeki halal. Pukul 12.30pm aku called Watie, saja suka dengki nak tanya dia buat sanggul tinggi mana hari ni… Nak cerita sapa sampai dulu pun tak boleh sbb aku yg sampai paling lambat. Seperti dijanjikan dengan Emy tepat 1.51pm aku sampai.. dan terus bersalaman dgn AMTY yang ada.. Mari aku perkenalkan AMTY yang datang.

 

PROFAIL AMTY


 

Sumie. Seorang periang. Dari gambar ini saja sudah membuktikan gelaran yang aku berikan adalah benar. Sumie mendapat undian penuh 11 AFUNDI untuk mengekalkan gelaran Ratu Touch-Up yang disandang sebelum ini.. Dengan 3 kali sesi touch-up di Siam Kitchen dan Secret Recipe dia nampak amat berkeyakinan bila beraksi di depan kamera.

____________



 

Shamina atau lebih dikenali dengan K Sham. Seorang yang disenangi dikalangan AMTY. Ternyata tips yang aku berikan kepadanya untuk banyak mendiamkan diri dan observe persekitaran dilakukan dengan baik sekali. Sesekali K Sham turut bercerita dan ketawa dengan sopan. Contoh ibu mithali.

____________



Emy. Seorang anak dara yang sentiasa dikenenkan dengan kumbang2 yg ada di AMTY terutama Xmen. Semangatnya untuk menghadiri AMTY amat dikagumi. Beliau sanggup meredah hutan belukar, bukit bukau dan hi-way untuk memeriahkan majlis. Amat tidak mesra kamera kerana sering melarikan bayangannya dari frame kamera, tiada eye-contact. Menjadikan Screwloose sebagai idolanya (kuang kuang kuang)

____________


 


Watie. Amat gemar membaca. Kegemaran dan kebolehannya membaca di waktu yang terluang tidak disia2kan. Ini terbukti dengan jumlah wang yang disediakan untuk membeli majalah dalam sebulan. Justeru itu tiada siapa yang layak untuk dinobatkan dengan gelaran Ratu Majalah selain daripada Watie. Hadiah harijadi yang paling ideal untuk beliau, langganan Majalah Mangga selama setahun.

____________




Uncute The Ticket Counter. Berilah tugas membeli tiket kepada Uncute pasti anda tidak akan kecewa. Ini dibuktikan dengan kejayaannya mendapatkan tiket konsert akhir AF2 yg lalu dan tiket wayang PGL untuk AMTY. Dengan stamina yg ada untuk dia berbaris panjang pasti beliau akan kekal memegang title ini di masa akan datang.

____________


Rdini. Kecil molek orangnya. Sebelum AMTY 1st gathering, beliau sanggup sedekahkan tangannya untuk dikerat2 sekiranya gathering itu terlaksana. Kami tidak sampai hati untuk melaksanakan tugasan mengerat tangan beliau apabila melihat saiz badan Rdini, harimau lapar pun pasti menangis kalau Rdini berada didepan mata. Apapun sup tulang tangan Rdini memang dinanti2.

____________



Magbox. Yang termuda dan yg terblur. Teknik lontaran suara yg beliau gunakan bukan suara dari perut, maka suaranya selalu ditenggelami oleh lontaran suara Watie yang seperti melontar lembing. Seorang yang mesra kamera.

____________


 

Qyrie. Bertahi lalat hidup di wajah. Kesanggupan dan usaha gigihnya meninggalkan meja hujung ke meja pangkal untuk mendapatkan maklumat artis terbaru drp Ratu Majalah amat dikagumi. Sering memberi pose atau tersenyum bila flash camera menyala.

____________



Xmen.. Seorang yang manis dan shy-shy cat. Duduk berjauhan dengan dara yang sering2 dikait2 kan . Semangat AMTY yang ada di hati beliau sangat dihormati.  Sifat prihatin terhadap keluarga menjadikan beliau calun favorite kami untuk Emy.

____________


 

CO2. Karbon dioksida. Keberanian beliau mengedar VCD cetak rompak mendapat perhatian ramai. Sering dikutuk manja kerana amat meminati Nughul. Jarang kelihatan di tingkap Y kini atas sebab2 cemburu oleh pihak syarikat.

____________
 

Screwloose – Tiada gambar yang diambil maka tiada komen untuk beliau.


____________


Sila klik ke link Sumie atau Inside Emy's Brain untuk keterangan lanjut apa yang terjadi. Aku tidak akan buat cover untuk itu cuma sedang belajar untuk buat skrip drama/dialog busuk dengan apa yg aku lihat hari Sabtu lepas. Di bawah adalah di antara skrip dan story line yg sempat aku fikirkan.... 'Enjoys' babeh!!!

DIALOG BUSUK

 


Sumie : RM100 + 250 + 3010 + 2100 + bla bla bla + bla bla blaaa...wuyyooo!!




Sumie : Hahahaha!!! Makcik KAYO!!!! Makcik KAYO!!!

 



Qyrie : Ces!! Takkan Sumie je yg kaya, aku pun nak gak!! Tauke 8473, Besar punya!!!




CO2 : Lu mau bayar ke tak mau bayar Uncute???



Uncute : Kalau aku bayar kat loan shark sekor ni, alamat keringlah tangki minyak kete...

 

Emy : Nah ko bayar CO2 pakai duit aku dulu Uncute.. Interest 10% okke!!



Rdini : Eh! Uncute! Jangan pakai duit Emy. Interest dia mahal!! Ko pakai duit aku interest 3% je!!



Watie : Nah CO2! AMTY kutip derma sbb nak bayar hutang Uncute kat ko!!



CO2 : Gua bagi lu amaran Uncute, Lain kali lu susah mau bayar, gua kasi picah lu punya PC!!!

Amacam okke tak story line ni??? Apa2pun amaran untuk semua, berjudi dan riba adalah haram disisi Islam.

-----------------------------


Kecik2 lagi anak K Sham sudah menunjukkan bakat sebagai Arkitek dengan melukis rumah. Aku telah memberi satu pose yg teranggun untuk Baby lukis gambar aku.. tetapi dia tetap melukis rumah..hmm muka aku ni empat segi macam bentuk rumah ke??hehehe..



Baby : Mak kita kan tak pandai buat kek ni. Mak awak pandai tak?
Real Rdini : Mak kita pun tak pandai jugak. Mak kita pandai chatting je.. Mak awak?



Ramai terpedaya dgn air yg tinggi tu. Nampak sungguh mengghairahkan tapi rasa?? Tipah tertipu bang! Tipah Tertipu!!



Pat pat nye nye, sapa cepat dia punya!! Arah jam : Watie, Sumie, Qyrie, Uncute



Sapa makan ni?? Aku tak makan, aku tak makan, sapa makan dia bayarlah!! kata semua org.



Lihatlah accessories di tangan kami!!



Mari makan sampai kenyang. Takde duit kalu, gotong -royong basuh pinggan.



Milik Siapakah Kaki Ini??

Wahai AMTY, janglah ambik hati ye.. gurau senda di hari kerja. Apa2pun semuga kita bersua kembali dan muga kita dipelihara dari segala durjana. Amin.

Camerawoman : Screwloose
Scriptwriter : Screloose


Posted at 09:49 am by screwloose

SuMie
September 7, 2004   10:39 AM PDT
 
Kekekekeke.. ko memang Ratu Penglipurlara. Kebolehan ko menulis skrip mampu menumpaskan skrip PGL Mamat Khalid.
Eh.. tu gambar lipstick AVON aku yang harga RM3.90 ke RM 2.50 tu.. eh.. malu lah! Kot ye pun, snap lah masa aku tengah tonyoh lipstick Lenkom ke Esti Lodeh ke..
Camnapun page ko nih dah masuk kategori overweight atau obess.. berat sungguh. Setelah aku sukat kadar lemak gambar² tu maka aku dapati ianya 300 pixel. Aduss, patutla PC aku tak mampu speed..

Ayomm.. ayomm..
screwloose
September 7, 2004   10:53 AM PDT
 
kekeke..nxt time ko bawak lah lenkom punya ye.. alaa ko kan ratu touch up tak kisah berabis kat lipstick n compact powder...hehehhe
red
September 7, 2004   11:31 AM PDT
 
waaa..seronok aku tgk korang punye gambor..anggun-anggun tangan sumernyer :) ==> psl itu aje yg nampak !
xmen
September 7, 2004   11:34 AM PDT
 
aku tak puas hati betoi pasal tiap kali gathering gambo ko mesti takde......

Tadi story line ko bagus tak rugi ko ade buku conteng masa kat sekolah... sebab buku tulah yg jadikan ko "Ratu Penglipurlara" (sumie aku pinjam kata ko)....nasib baik aku tak pakai jam lolex kalo tak mesti kuar lagi...dlm blog ko ni...

heheheheheh
qyrie
September 7, 2004   12:30 PM PDT
 
besh... besh...
co2
September 7, 2004   12:46 PM PDT
 
fuyooo screw kasi aku watak samseng.. best ni... sangat mencabar....

tak sangka dapat berlakon tak sengaja heheheh

anyway, thanks screw... naper lah ko jauh sgt hari tu.. tak sempat aku nak cubit cubit hehehe
SuMie
September 7, 2004   01:07 PM PDT
 
Ye ye betooll.. aku setuju dengan xmen - Screw memang Ratu Penglipurlara

Ayomm..
rain
September 7, 2004   01:11 PM PDT
 
wohooo best nya korang bergather-gather... mana gambo skruuuuu??????? nak tengok gambo skruuuu!!! dapat tgk lobang idong ke, bulu kening ke, buku lali ke, pun jadi laaaaaaaa... skruuuuu!!!!!
eisya
September 7, 2004   01:33 PM PDT
 
screw,

baru I boleh masuk kat sinie....screw, mmg sah le ko nie ratu penglipurlara atau ratu badut...hehe....nak tersembur air yg I tgh minum baca kat sini td. malu le I nak jumpa korg....tgk korg sume kering2.....I nie dah double the size....wahhhhhh!!!
Watie
September 7, 2004   02:02 PM PDT
 
screw...kau memang gempak sumer citer org kau tahu, kau punya kau simpan...aku nak gossip kau ngan zizan boleh tak?
screwloose
September 7, 2004   04:17 PM PDT
 
co2, ko puas hati tak bawak watak samseng?? anda tidak kaku bila berada di depan camera..penghayatan anda di tahap maksimum. Syabbas!!syabbas inspektor sahab!!

Rain, itu la, apsal tak nak pegi..kalau tak boleh aku bagi ko watak kerusi ke..meja ke.. peti ais ke...

Eisya, sumie, xmen-aku ratu penglipura?? ish tak cukup ke nick 'screwloose' aku ni hah???

Watie, ko memang ratu majalah!!! Kelas Akaq..akhirnya cite2 aku unt digossipkan dgn artis tercapai..yeeehaa!!! Oit!! Ko jgn nak ngada2.. nanti jatuh saham aku tau tak????
Emy
September 7, 2004   06:53 PM PDT
 
Giler seyy lambat giler nak load blog ko. sebab tu aku benci guna photobucket nie. apapun sonoknya sebab ko dah dapat gelaran ratu penglipur lara. hahahaha.
co2
September 8, 2004   12:16 AM PDT
 
heheh screw... bila baca dua tiga kali skrip ni...
"maafkan saya" (ikut style Jalaludin Hassan)... "anda.... memang hebat!!!!"

screw, serious ni... ko memang berbakat mengarah filem....

p/s: btw, bila screw tukar nick jadi skru aku terbayang ko dah masuk KRU lah.. tambah S aje kat depan ;-)
screwloose
September 8, 2004   11:44 AM PDT
 
Ratu penglipura...hmm..hmm..aku prefer Ratu Kebaya lagi... kekekekek..

co2 ko jgn puji aku lebih2..lepas ni aku bagi kau watak lebih berat nanti... :) Alaaah sebenarnya ko suka sbb ko pun kiranya pelakon utama dlm drama busuk aku ni kan kan kan....?
Y
September 9, 2004   10:53 AM PDT
 
hai semua! kekekekeke kedek kedek kedek lama tak chat ngan u all... miss u guys
co2
September 9, 2004   12:36 PM PDT
 
hehehe Screw... jgn kasi watak perogol sudah ler..

Y, lama tak nampak jugak... how's things...
magbox
September 9, 2004   01:02 PM PDT
 
aku minah blur.....isy isy 1st impression aku sungguh tak meyakinkan...takpelah nanti akan ku tukar imej ku...menjadi sape...ek..ibu mithali mcm kaka sham ke...ratu majalah cam watie ke...ratu touch cam sumie ke??? hmmm akan ku pikirkan
screwloose
September 10, 2004   09:17 AM PDT
 
mag..ko lah ratu blur
NameWILSOM
July 22, 2005   07:42 PM PDT
 
TAI LO SEMUA
minah senget
March 16, 2006   03:26 PM PST
 
aku ni boring giler....nak duit???tepon le 999...hahahah....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry