If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Friday, September 10, 2004
Malaysian Idol

Malam ini 6 peserta akan berentap untuk memastikan tempat ke peringkat yang lebih tinggi. Mari kita lihat siapa yang kena???



Jac menunjukkan kecemerlangan pada hampir setiap persembahan. Malah kemampuan Jac adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan penyanyi2 wanita yang membanjiri pasaran negara ketika ini. Apabila aku melihat cara beliau atau penampilannya bila berhadapan dengan kritikan Juri, nampak seperti over confident. Memanglah gembira bila dipuji tapi muka tu cover lah sikit, takut nanti tak pasal-pasal orang meluat, bila orang meluat undi pun hilang.


Dina juga cemerlang dalam beberapa persembahan. 'Jelingan Manja' Dina telah mengangkat beliau sebaris dengan kemampuan Jac, namun Dina nampak sedikit menurun untuk 2 persembahan yang lalu. Kadang-kadang aku lihat reaksi Dina bila dikritik agak over.. bila kritikan -ve yg diterima beliau seakan2 tidak mahu menerima dan nampak seperti mahu main2kan kritikan itu. Oh Dina, jangan sampai orang lain terperasan dengan reaksi anda itu! Anda berbakat maka jagalah PR dengan baik.  


Nikki juga memberi saingan yang hebat kepada Dina. Untuk mengatasi kemampuan Jac Nikki perlu melipat gandakan usaha. 'Husky Voice' beliau memang aku minati, mungkin beliau perlu memenumpukan perhatian semasa proses pemilihan lagu. Lagu yang tepat dengan suara dan disertakan dengan minat pasti dapat melonjakkan dan memperkukuhkan kedudukan Nikki. Aku pernah katakan yang beliau susah nak cover bila dikritik hebat. Mukanya kadang2 agak blur dalam cuba memahami maksud kritikan itu.


Vick boleh menyanyi tetapi tidak cemerlang. Namun kerana mendapat sokongan kuat daripada sumber yang tidak pasti beliau masih kekal bersaing. Vick kadang2 nampak rasional bila dikritik. Beliau banyak mempamerkan 32 batang giginya sewaktu dikritik. Adakalanya menjawab juga.


Andrew bernyanyi seperti di alam fantasi..Beliau seperti berada di alam yang diciptanya sendiri. Beliau boleh bernyanyi tetapi kelihatan tidak fokus..matanya melilau, gerak tubuhnya kaku seperti tiang lampu. Sesekali menari..ye menari setempat.. nampak tidak cocok dan seperti dibuat2. Beliau nampak simple tetapi seakan terlalu mempercayai slogan "This is me"..suka ko dengarlah tak suka tak yah dengar... skrip jawapan beliau bila dikritik "That's me".. Andrew, why can't u say 'ok thank you I will improve bla bla bla..."


Saiful telah gagal pada hampir setiap persembahan. Di manakah hilangnya kekuatan Saiful semasa sesi ujibakat?? Aku kesian tengok muka Saiful  bila persembahannya dikritik hebat oleh Juri. Muka comelnya, mendung hanya seperti menanti langit mahu runtuh.... selalunya beliau cuba mengukir senyum tapi nampak beliau sedang menangis dalam hati.

Aku berharap malam ini yang bertemakan R&B, kesemua peserta bakal memberi pertunjukan hebat. Mereka perlu merebut peluang untuk menunjukkan kemampuan dan perubahan yang cemerlang. Aku amat berharap tidak ada lagi suara sumbang akan kedengaran... tidak akan kelihatan lagi 'tiang lampu' atau 'peti ais' di atas pentas..ye bila bernyanyi dengan tiada jiwa maka yang kita lihat adalah tiang lampu atau peti ais....kaku dan beku... Kepada kita penonton fikirlah semasak2nya siapa kah yang layak untuk kita nobatkan sebagai Malaysian Idol. Siapa yang kita pilih bakal membawa nama Malaysia ke peringkat dunia. Mahu kah kita dimalukan dengan Idol yang dinobatkan bukan kerana bakat tetapi kerana dia sebangsa atau seagama, sekampung... jiran satu taman.. atau kawan sekolah kita?? Kerana jika itulah sebabnya, kelak kita akan diketawakan oleh seantero dunia... akhirnya sapa yang malu..kita, keluarga kita..ye tak lain dan tak bukan negara kita juga... fikir-fikirkan lah..

Posted at 12:04 pm by screwloose

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry