Siapa tak kenal Allayarham Tan Sri P. Ramlee, baik yang kecil, besar, tua dan muda bila disebut namanya mesti terbayang filem2 lakonan arwah dan lagu2 dendangan beliau. Seorang yang dianugerahkan dengan bakat yang pelbagai..sehingga kini tiada pengganti.
‘Kehilangannya dirasakan ketiadaannya
Ketiadaannya dirasakan kehadirannya”
Tema P. Ramlee kali ini terlalu nostalgia. Hanya yang menghargai dan menghayati sahaja yang dapat menzahirkan secara luhur lalu yang dipersembahkan dapat meresap di jiwa penonton. Ada peserta yang berjaya dan tak kurang yang gagal namun karya Tan Sri P. Ramlee akan kekal menjadi khazanah yang berharga.
Hakim undangan kali ini ialah Nasir P. Ramlee.
Vick, Getaran Jiwa – 3.8
Buat pertama kalinya aku menyukai penyampaian Vick. Pada mulanya aku menjangkakan Vick akan bernyanyi dengan pelat dan seperti biasa tiada tarikan tapi ternyata jangkaan aku meleset. Kawalan suara beliau sempurna dan lontaran suarapun jelas. Aku terpegun seketika.
R berpantun pulak kali ni T. S. P selalu dikenang,
Ku pikul rindu di atas bahu
Nyanyianmu mungkin boleh menang
Tapi hujung minggu baru tahu
G kata Vick membuktikan yang beliau boleh menyanyi lagu Melayu dgn baik. Boleh dibanggakan.
Nasir puji cara penyampaian Vick..tapi kalau boleh jangan tukar melodi banyak sangat.
P kata “U did your own style” dan menambah yang vick telah membuktikan kepada semua yang beliau bukan saja mempunya ‘pretty face’ tapi mempunya bakat juga.
Andrew, Jeritan Batin ku – 2
Sangatlah membosankan. Dengan sebelah tangan kanan yang longlai dilepaskan seperti lumpuh tidak berguna (sesekali saja yg digerakkan) Andrew cuba membuat persembahan yang terbaik(mengikut kata dialah!). Mesej tidak kesampaian, aku tidak dapat mendengar ‘jeritan batin’ beliau. Sepertinya beliau tidak selesa dengan lagu ini dan hasilnya aku juga tidak selesa mendengarnya.
R berpantun lagi Jemuran diangakt oleh si Eni
Bujang Lapok pendekar berani
Ku heran kau masih di sini
Lagu yang sedap jadi begini…cak pong cak pong
“Too flat, kena banyak practise”, kata G.
“Andrew, rosak lagu ni..rosak”, keluh Nasir.
Paul kata Andrew nampak macam batu…(batu nisan ..kekeke)..Paul tak pasti yang Andrew betul2 berminat untuk meneruskan perjuangannya di MI…
Jac, Tunggu Sekejap – 4.5
“Tunggu sekejap wahai kasih, tunggulah sampai hujan teduh..” Aku amat menyukai lagu ini sejak menjadi anak dara baru naik dulu.. Pada aku Jac telah menyampaikan lagu ini dengan amat sempurna.. mesejnya meresap ke jiwa sehingga aku rasa nak nangis… boleh?! Banyak2 persembahan Jac, ini yang paling melekat di hati aku.
Pantun Roslan Tiba waktu botol berbunyi
Zaiton dan Sudin cinta terpatri
Bakatmu tinggi bijak menyanyi
Tapi ku takut masuk bottom 3
G kata “stunning! No doubt lagu ini is the most beautiful song..the way u nyanyi memang baik sekali.
“Ish ish ish ini bukan cobaan… ini sedaaap” kata Nasir.
Paul kata Jac memang hebat!!
Dina, Jangan Tinggal Daku – 4
Memang nampak perubahan pad Dina dari awal dia masuk hingga sekarang. Vokalnya dilontarkan dengan penuh bergaya. Namun Jelingan Manja tetap di hati.
R : M’sian Idol semakin sengit
Kassim Selamat dikeji selalu
Walau beribu bintang dilangit
Tidakkan sama adik ku ini yang Satu
G kata Dina dan banyak improve dari minggu ke minggu, minggu ni pun Dina nampak ayu..namun appearance kena jaga.
“Saya takkan tinggalkan Dina, Dina jangan tinggalkan MI” rayu Nasir.
Paul nampak perubahan pada Dina, dan dia berharap Dina akan ke final.
Saiful, Bunyi Gitar – 2.2
Seperti biasa Saiful masih bermasa’alah dengan pitching suaranya. Walaupun rancak dia menari twist tapi suaranya kadang2 dilontar kan ke parit.
R : Bujang lapuk memasak kari
Laksamana DO RE MI memang sahabat
Muka mu canti tak terperi ( tak sure sangat sebb dah hilang tumpuan masa tu)
Suara lunak masih tak dapat
G : Awal- awal dah terkucil
N : Belum sampai tahap lagi
P : Weird, tapi improve..U will leave MI soon tapi sebenarnya ini baru bermula… yang tak tahan tu Paul kata dah nak akhir Saiful baut macam Miss Universe..kekekeke…ada kaaa..
Hmm.. ada 2 peserta yang lemah yang tidak patut sampai ke tahap ini.. tak yah lah aku cakap sapa sebab satu Malaya dah tahu. Cuba bayangkan Sufiah, Rydee, Nikki, dan mungkin Shima ke tahap ini saingan pasti sengit.. Cuma tertanya2, kenapa Andrew terpilih ke Top32 dahulu… tiada yang lebih layak kah…???
Keputusan