If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Thursday, October 21, 2004
Aku Insan Yang Lemah

Hmm.. pasal aku dan ketinggian memang begitu legenda sekali. Sebenarnya masa aku kecik2, aku ni taklah gayat.. segala pokok aku panjat.. pokok rambutan, pokok ceri, pokok sena..pokok langsuir yg boleh bergayut tu semuanya aku panjat.. Cuma pokok tauge je yg aku takleh panjat… Kalau masa tu orang kata aku gayat memang aku protes, aku sanggup meletupkan kepala orang tu tapi kalau sekarang orang kata aku gayat.. hanya senyuman yang paling manis yang boleh aku sedekahkan.

First time berlaku kejadian semasa form 4 memang mengkonpiuskan aku, adakah aku tergolong dalam spesis Mac Gyver..oh mungkinkah..? Aku memang tak tahu aku gayat sehinggakan satu hari jambatan yg menghubungkan terminal bas ke sekolah dirobohkan untuk sementara. Jadi mereka yg berkenaan telah menggantikan jambatan yang 10 kaki lebar dengan titi 1 kaki lebar saja.. Mak aii ala2 bersabung nyawa demi mencari ilmu. Jauhnya titian tu dlm 4 meter saja. Aku tengok orang macam biasa je meniti kat ‘titian usang’ tu.. boleh siap lenggang-lenggang kangkung..yang berjalan macam itik pulang petang pun ada.

Tiba giliran aku, bila aku letak je kaki untuk melangkah… aiikk..kaki ni tak boleh nak melangkah lagi… puas aku cuba angkat kaki tapi aku rasakan kuasa tarikan graviti begitu kuat sekali, kaki aku tetap tak berganjak... terus muka aku terasa panas… kaki dan lutut aku terasa menggigil dan bergegar seperti gempa bumi.. Aku betul2 terpukul. Mana bisa aku yang ganaz lagi brutal ni berperasaan sedemikian rupa. Aku pusing ke belakang , aku tengok ada makcik tengah tunggu giliran untuk meniti. Sebagai budak sekolah yang skima, berdisiplin dan berhati mulia aku pun memberi laluan kepadanya dahulu. Yelah, orang tua musti diutamakan.. kan kan kan. Makcik tu telah memberi senyuman perli yang telah aku ertikan sebagai senyuman kekaguman terhadap prilaku aku menghormati orang tua. Percubaan ke-2 juga gagal. Aku kaku di atas ‘pentas’, tarikan graviti begitu kuat sekali .Hmm..disebabkan faktor2 graviti yang sangat mencemburui aku, aku terpaksa menapak sejauh 1km dr terminal bas ke sekolah sedangkan kalau aku ikut je titi tu tak sampai 100 meter dah sampai sekolah. Hmm.. kejadian ini sungguh menghantui hidup aku.

Penyakit aku makin parah bila aku membesar bagai johan. Ada beberapa kejadian yang lain yang membuktikan bahawasenya tarikan graviti dan aku memang tidak boleh dipisahkan namun aku mula menerima hakikat. Sudah itu yang tertulis, aku pasrah dan redha. Semasa belajar di IPMKL.. aku dan kengkawan akan berpoya2 bila dihujung minggu. Tempat yang dipilih pada hari tu adalah di The Mall. Malang nasib aku sebab geng aku ni semua giler naik ‘kapal laut yg terbang’ dan apekenamanya lagi satu yg pusing2 tu. Puas aku dipujuk rayu oleh depa. Aku tetap berkeras dengan alasan aku gayat. Melihat keganasan aku memang depa tak percaya sampai menawarkan diri untuk bayar tiket. Setelah bersetuju dlm keterpaksaan aku pun naik yg ‘apakenamanya tuh’ mak aii..kepala aku berpusing2..sebaik turun je..aku berlari ke tong sampah yg berdekatan. Kekawan kata ‘haa..ok pun.. kena biasakan..’ kepala hangguk dia org la.. apa aku rasakan mana depa tahu. Pas tu depa nak naik ‘kapal’ tu lak.. Ok, kapal tu aku nampak taklah menakutkan macam yg tadi, jadi aku setuju naik.. aku duduk kat seat paling belakang sekali dan aku nak duk sorang2. Sekali hayun kapal tu..aku rasa nyawa aku tertinggal kat bawah.. 2 kali hayun perut aku terasa kecut… 3 kali hayun aku tengok siling yg berlubang kat atas dan terus teringat yang ada org pernah mati sebab terhantuk siling tu.. 4 kali hayun.. aku dah rasa basah seluar… dan hayunan terakhir aku muntah kat tempat kaki tu jugak… Adoi dengan muka yang kelat aku pi toilet dan suruh member aku Sherry pi beli seluar dan seluar dalam masa tu jugak sbb seluar aku dah kuyup nasib baik warna hitam..kekekke

Lepas aku duk hostel aku pindah kat flat tinggi Kg Baru, mm.. first time nak tgk bilik.. macam pucat jugak sbb kena naik lif ke tingkat 5.. keluar dari lif.. mm separa pucat jugak sebab penghadang kat koridor tu setakat pusat aku je.. jadi aku jalan hati2 dekat dinding tanpa menoleh ke bawah. Tak lama dari tu Sherry pindah kat tingkat 11 blok yg sama.. Adoii tingginya.. Seumur hidup aku masa tu..aku memang elakkan naik bangunan tinggi2 ni.. Masa pertama kali aku nak menjenguk rumah Sherry kat tingkat 11 tu habis segala ayat aku baca supaya tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Keluar je lif dengan Sherry, sekali lagi kaki aku terlekat kat lantai.. aku tak boleh nak angkat langsung kaki..memang ternyata kata2 ku benar… diantara aku dan tarikan graviti memang tidak boleh dipisahkan. Automatic aku dapat merasakan aura yg berbeza… gelombang telinga ku dapat mengesan perbezaan tekanan udara luar dan dalam lantas kepala aku tidak dapat mengimbangi badan…. Aku pegang Sherry.. dia kata takpe aku jalan kat dinding biar dia jalan cover aku dr penghadang koridor tu. Ahh Sherry jawapan itu tidak boleh diguna pakai oleh otak aku. Kaki aku mula menggigil dan tidak dapat melangkah… dalam keadaan kecemasan begitu aku mendapat idea.. walaupun kaki aku tak berfungsi tapi kepala otak aku tetap berfungsi ala2 Mac Gyver.. aku cakap dgn Sherry aku nak buat camtu tapi dia jangan gelak.. Sherry kata ok.. maka aku mula merendahkan diri dan dan berjalan seperti itik.. supaya tak sama tinggi dgn penghadang koridor tu… hahaha yes babeh !! aku jln sepeti tu dan tak lama tu aku cuba bangun dan membongkok kan diri sambil berjalan supaya berdiri tak sama tinggi dgn penghadang tuh!!! Seksanya babe!!

Masa nak balik aku cuba applykan skill yang berbeza… aku tak mahu merangkak, atau membongkok..aku mahu berdiri seperti orang biasa tekad ku bulat… jadi aku telah menggapplykan teknik melekap ke dinding seperti teknik spiderman…. Alhamdulillah aku selamat sampai ke lif dengan cara yg kreaitif itu.. kekekeke.. tapi lama2 aku dah tak applykan skill tu lagi sbb aku dah boleh jln macam biasa walaupun jalan tepi dinding… Apa2pun, aku memang terharu dengan sokongan kawan2 aku terutama Sherry sebab depa tak pernah ketawakan aku walaupun aksi2 melampau yg telah aku paparkan… I love u gals!! U r my pren!!!

Kepada AMTY, Tos, Lanai dan sesapa yg membaca terimalah kekurangan ku ini seadanya kerana ‘ aku insan yang lemah..hanya mampu berserah…”’*nyanyi ala2 Rohana Jalil*

Posted at 04:21 pm by screwloose

yani
October 21, 2004   04:52 PM PDT
 
kahkahkahkah...*ketawa jap*..emmmm..ok.

nampaknya mmg betullah ko penakut tinggi. abis yg ko pi beli apt tu apsal. aku klu tmpt tinggi yg tak bergerak, no hal, tapi klu bergerak mcm kapal kat the mall tu mintak maaplah. upah beribu pun aku tak mau.
SuMie
October 21, 2004   05:26 PM PDT
 
Muahahahahaha.... err mintak maaf mintak maaf..
Muahahahahhaa... err mintak maaf lagik..

Skru, menitik air mata aku baca.. sebenarnya airmata menahan gelak, tapi demi menjaga hati ko maka akan ku katakan, air mata ku menitik disebabkan sayu dan hiba membaca pengakuan jujur tentang kelemahan ko tu... tabah sungguh kawan ko si Sherry tu kerana mampu melihat ko melekap di dinding tanpa ketawa..

Muahahahaha... *sambung gelak*

Sebenarnya aksi tu mungkin tak kelakar pun, tapi cara ko tulis tuh memang menyebabkan badan aku bergegar² menahan gelak...
Watie
October 21, 2004   05:37 PM PDT
 
tak tahan aku....heheheheheh hehehe hehehehe lawak lawak... keluar ayaq mata aku muahahahah
kretortd
October 21, 2004   06:39 PM PDT
 
k SUmie, tol tuhh.. ayat² SL mmg lawak gle laa.. dr nk kesIan smpai tk jadi nk syIan ! ehehehee...

neway, tabahkan hati , kuatkan semangat ! go SL , go.!!
xmen
October 22, 2004   09:52 AM PDT
 
aku tau cite nie agak sedih, tapi disebabkan cara penulisan yg lawak....ko masih lagi ratu penglibur lara...........
qyrie
October 22, 2004   09:57 AM PDT
 
i know you can overcome your fears one day... hehehe...
ritosritina
October 22, 2004   01:04 PM PDT
 
kahakakkahhha.. aekekekeke ..hehehhehe..ohohohoh..hhohohoho..kakakakkakakaa..adih adih...hehehehhe...kakakakkak ekekkeke.....hohohih....aaakaihihihihi...
..scW..sesungguhnya ALLAH swt MAHA MENGETAHUI..yang kita dipertemukan di kala ini..jikalau kita dipertemukan waktu kegemilangan mu itu..pasti persahabatan kita tinggal memori...dek sakitnya hati kau pada aku...
ekekekkekakkaaa...hihihihi kakakakka...

sobab..den tak ghoti nak tahan golak....dah habitat semulajadi dan kesensitifan aku teransang akan kejokeran SEMALAYA ko ni..hahahahhahaa..

shamina
October 22, 2004   02:47 PM PDT
 
mintak maaf ek... atas segala yg terkutuk selama ni.... errr... gelak dlm hati buleh kan... org tak dgr... tpi org nampak bdn bergegar je!!!
screwloose
October 22, 2004   06:09 PM PDT
 
hehehe.. nak buat camna rupanya aku ni separa brutal je.. NAMUN.. akan ku cuba menawan Gunung Kinabalu satu hari nanti.. OH LIHATLAH DUNIA!!!
Namelanai
October 23, 2004   09:48 PM PDT
 
The bewildered eyes
The mind goes crazy
The legs trembling
You dont feel a thing!

The perspiration on the forehead
The many praying in the mind
When you climb the staircase
To the heaven in your mind

Put on a solemn face
Try to beat the fear
The eyes seem to trick
Press the button
Zoom at the top
So easy so crazy!

The heart never stops beating
The singing in your ears
It makes you go crazy
The smile you give to say

Try as hard as you can
The fear will linger
In the mind forever

Dont listen to what friends say
They may not be afraid of height
Maybe they are afraid of insects
Like cockroaches and millipedes

It is said in the mind
How many times you try?
It isnt perfect though you cry
When fear sets in
It takes ages to stroke away!


cheers
eisya
October 25, 2004   09:30 AM PDT
 
Sabo je lah skru.....ape2 pun I doa kan agar ko dapat konker kegayatan ko tu satu arie nanti...insyallah!
ritosritina
October 25, 2004   11:16 AM PDT
 
Kinabalu..? eh bilo ko nak gi..aku pung ado cito2 tu nak g sanun..jomla g sama2..
ritosritina
October 29, 2004   10:41 AM PDT
 
sCW,pagi tadi dlm kete..lagu rohana jalil berkumandang..sori la aku tak dpt menahan ketawa..
muakkhh.. ssayangg scW..!
loveseeker_guy86
June 30, 2005   02:46 PM PDT
 
aku dah tahu camne nak gelak gler2....camni leh x? KAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAAHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAAHAHAHAHAHAHAHAH!!!! ekeekeeke.. sori la bro..nasib baik la skrg da xde paper...syabas bro! u memang johan FEAR FACTOR!! ;p
Klik Disini
October 14, 2005   07:38 PM PDT
 
Website ini cantik sekali.Terukan usaha anda.keep the good work !
skru
December 7, 2005   04:28 PM PST
 
hi loveseeker, pastikan ko gelak sambil terguling2 ok ;p
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry