If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Monday, August 16, 2004
Konsert Akhir AF2 - Rumah Siap, Pahat Masih Berbunyi

Konsert dah pun habis, pemenang dah pun diketahui tapi seperti biasa rumah dah siap pahat masih berbunyi ketak ketuk ketak ketuk.. Masa rumah tengah buat tak ramai lah pulak nak contribute mengeluarkan modal, bila rumah dah siap dengan modal orang lain barulah sibuk2 nak masuk campur…barulah nak ketuk sana sini nak menjahamkan rumah org ke apa??? Bagi mereka yg mengeluarkan modal seco’et janganlah sedih walaupun rumah itu sudah menjadi milik org lain tapi sekurang2nya anda telah menyumbang untuk menghasilkan satu foundation dan base yg kuat untuk mereka yg anda sokong. Aku percaya tanpa foundation dan base yg kukuh rumah akan runtuh juga satu hari nanti. Foundation yg kukuh sukar untuk digoyahkan walaupun mengambil masa berpuluh tahun.  Pada adik AF2 jgn alpa dengan dunia glamour, ambil peluang ini untuk membentuk foundation dan base yg kukuh supaya kamu semua kekal lama di persada seni.

Aku pergi ke Bkt Jalil bersama Emy dan adiknya yg berbaju oren.. Aku? Hmm..aku pakai baju biru. Aku bukan 100% peminat Zahid tapi aku appreciate his talent and hardwork. Terima kasih kepada Uncute kerana sudi membelikan tiket final, dia datang lewat hari tu. Di sekitar stadium penuh dgn org berbaju oren.. tetiba aku teringat buah oren..hmm sedapnya kalau dikisar menjadi orange juice! Masuk stadium org dah ramai, di barisan hadapan aku penuh dgn gadis2 comel berbaju merah dan berseluar putih, mati2 aku ingat penyokong Linda.. bila depa angkat banner “ADAM OOLALA!!” Ish peminat Adam comel2 mcm Adam juga. Di barisan belakang pulak ada peminat Bob, Linda dan Farah. Aku sokong siapa? Mengikut Rekord aku tak pernah undi Adam, Fitri : Zarina dan Nurul hanya sekali.

>Sebelum konsert bermula Aznil jerit : “Mana peminat Zahid?” peminat Zahid bersorak gamat!! Begitu juga dgn Adam dan Farah. “Mana peminat Linda?” “Boooo booo” diselangi dgn sorakan penyokong kuat Linda tapi agak tenggelam dgn boo penonton. Aznil sebagai pengacara berpengalaman menasihati penonton agar menjaga hati org lain. Aku rasa tak patut juga penonton buat gitu.Kalau nak protes pun jagalah emosi.

Sound system yg terburuk pernah aku dengar dalam mana2 konsert yg berbayar yg pernah aku pergi. Bunyi tidak padu dan suara tidak sharp. Alahai Astro awat macam tu? Aku je rasa camtu ke atau org lain pun sedar kehancusan sound system tu? Kerana sound system yg tak baik aku sibuk AFUNDI farah, farah dan farah dan 2,3 pelajar yg lain tapi tumpuan AFUNDI aku hanya pada Farah. Budak kat belakang sibuk tanya aku undi sapa? Undi saya adalah rahsia aku kata..kekekeke..tapi depa ternampak screen hp aku depa pun jerit ramai2 “HIDUP AKAK DEPAN!!HIDUP FARAH!!” kekeke. Pilihan aku mlm KONSERT ITU SAJA (tak kira yg lepas2):

nbsp;

  1. Farah – Comel bangat ini budak!!! Farah dah tak menjerit. Dia nampak enjoy sangat dgn lagu ke-2. Mungkin sbb dah jumpa buah hatinya Johnny. Aku suke gile dgn dia ni. Tak pernah TIDAK aku AFUNDI dia setiap konsert. Bagi Farah 3-5 tahun, aku dapat rasakan dengan guidance yg betul dia boleh menjadi seorang bintang yg boleh dibanggakan. Farah jaga diri baik2 dan jangan lupa diri. Pipimu sungguh montel, terasa mcm nak sterika pulak!! Rambut Farah panjang dan lurus boleh jadi model iklan syampoo jugak tu! Good income!! Tapi Farah kena share lah dgn MAESTRO!!
  2. Bob – Aku kurang berkenan kalau cakap pasal personality dan character mamat ni. Tapi bila dia nyanyi bukak mulut je…wallaaaaaa… terpesona akaq.. Lagu ke-2 tu memang meremangkan bulu roma. Tanda sokongan, aku AFUNDI Bob malam tu 2X. Mungkin bob boleh menjadi pengacara 999 bergabung tenaga dengan Mazidul selepas ini. Mereka sungguh sinonim.
  3. Tempat ke-3, pilihan aku antara Linda, Kaer dan Zahid. Aku suka suara Linda semenjak audition dulu. Tapi aku tidak menyokong AFMASUK. Kesian Linda, dia menjadi mangsa. Astro telah meletakkan dia dalam keadaan serba salah. Dalam keadaan tertekan Linda berjaya menyempurnakan assignment nya walaupun tidak sehebat yg aku impikan. Suara Linda sedap tapi seperti ‘tiada bunga-bunga cinta’ drp Linda kekeke..maksud aku Linda tidak mewarnakan lagu itu dengan seindahnya..tapi sedap juga untuk didengar. Aku rasa Linda akan menjadi pelakon residen kpd Yusoff Haslam dan Prof. Madya Maideen pada bila2 masa sahaja dari sekarang. Aku berharap jugak dia bakal mewarnai dunia muzik kita tidak lama lagi. Dengan bimbingan RMS, Linda pasti hebat. Hmm.. iklan gincu maybelline pun ok jugak untuk Linda            Kaer – Kaer yg comel. Aku suka Kaer bawak lagu Sway ni.. kalau dia bawak lagu ‘sua suei kemuning’ pun best gak kot.. Walaupun Kaer tak menang tapi dia sebenarnya telah memenangi hati ramai penonton dengan +ve attitude yg di tampilkan . Memang calon menantu idaman lah dia ni. Kaer jadi model iklan ubat gigi pun boleh..gigi dia bersih dan bibirnya merah bak delima merkah tu aku rasa sesuai sangat untuk iklan ubat gigi.
    Zahid – Kelebihan Zahid pada malam itu ialah dia telah berjaya membuat satu FOUNDATION & BASE yg kuat sebelum ini. Bagus atau tidak Zahid pada malam itu tidak akan menggoyahkan kedudukannya dan kehangatan aura Zahid pada malam itu dapat dirasakan diseluruh stadium. Persembahan Zahid? Dia nampak enjoy dgn lagu ke-2..tapi falsetto dia memang false…fail.. itu pada saya lah ..mungkin perfect pada peminat fanatik Zahid. Keseluruhan persembahan pd mlm itu ok dan biasa saja.. nothing to shout about. Aku rasa Zahid boleh pergi lebih jauh lagi sekiranya dia terus konsisten. Zahid boleh menjadi model iklan pelbagai jenama bila tiba musim bola.
  4. Adam – Tarian? PERFECT ; Vocal? Aku tak tau nak komen, sbb kedengaran seperti KRU. Di konsert terakhir pun Adam masih lagi mempunyai masaalah pitching. Aku rasa Adam tak yah lah copy KRU tu baik dr segi suara atau gaya. Kalau nak copy pun copy semangat KRU tu dan otak mereka yg brilliant dlm mengkayakan dan memajukan diri. Lepas ni tak heran kalau Adam dapat tawaran kerja sebagai ONT>penari latar KRU dan menggantikan Yusri menyanyi bila Yusri sakit tekak ke..sakit gigi ke..kena benguk ke… mesti KRU tetap KRU walaupun bersama Adam. Orang kata mata Adam cantik, boleh ke Adam jadi model iklan contact 


    Keputusan semua dah tahu. Jangan nak komplen lebih kalau si polan dan si polan tu menang bukan si polin dan si polin. Rezeki masing2. Aku tak nak komplen dan tak de hati nak kutuk pemenang2 dan pelajar AF2 sebab sekali pun depa tak pernah buat salah dengan aku. Depa kenal pun tidak aku.. buat ngabihkan air liur je nak kutuk ngutuk.. benda yg tak mendatangkan duit ni aku malas nak layan..aku ni kiranya mcm Astro lah jugak.. semuanya duit!

    Apapun Akedemi Fantasia ni ada magic nya tersendiri, dengan akademi fantasia juga list kawan aku bertambah… list musuh??mm tak mendatangkan duit tak payah fikir..

    Akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara, May Music Keep Us Together dan Selamat Hari Merdeka semua!!! Jangan biarkan jiwa kita dari terus dijajah!!!!! MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!!!

    Aku doakan kita semua, pelajar AF, cikgucikgi AF dimurahkan rezeki dan terpelihara daripada segala perkara yg mungkar.


Posted at 01:21 pm by screwloose

Ilham
August 16, 2004   02:44 PM PDT
 
TQ for AFUNDI Farah for that final concert. I thought she did great though rezeki tak der.

That AAH song was wonderfully delivered by Farah though the arrangement of the song was quite loose. The mic used by Farah was o not helping too, something was not quite right with the sound system that nite.

masih terbayang bagaimana Farahku pretending to be happy by kicking away those balloons and hugging adn kissing everybody on stage as if the result did not bothers her at all.

I am still smarting with her jovial attitude during the Imbasan and though she was holding back her tears when pressed by aznil on how she really felt being narrowly beaten by Adam, she was able to compose herself to reply with some sensible reply.

I have to accept the fact that it is all over but still reeling to the fact that the deserving Farah did not get the recognition she thoroughly deserves.

Agree fully with screwloose that it will be just a matter of time that she will develop herself to be one of the sensation of the entertainment industry.

Screwloose, it will do no harm to your blog if you could dedicate a tribute to this wonderful talent.

Farah Diana is the name , down-to-earth is the attitude, great vocal is prowess is the talent, ilham is her boyfriend...hehehe...

screwloose
August 16, 2004   02:49 PM PDT
 
kekekekek part yg paling best ilham is the bf ..mahal mahal... I AFUNDI HER 178X ..just for that night!!
Emy
August 16, 2004   02:51 PM PDT
 
Screw

As for me I enjoy the night. Nice meeting you. Komen sal persembahan bebudak ribena nanti la aku komen.
SuMie
August 16, 2004   02:57 PM PDT
 
Aku dengan bangganya menisytiharkan, aku setuju dengan semua yang ko tulis.

Yang boo tu, tak kiralah tindakan refleksi ke tindakan urutan refleksologi ke, memang tak patut. Macam le Linda tu larat nak undi diri dia sendiri sampai masuk semula dan jadi naib juara. Apa² pun persembahan dia okee apa malam tu.

Farah memang comel bangett. Paling aku suka, dia sikit pun tak menunjukkan reaksi -ve bila jumpa si Johnny. Ye laa, si Johnny tu kan tak berapa comel berbanding Farah.

Suara Bob memang power. Cuma aku risau dia mungkin teggelam macam Sahri, maklumle dia kan berat. Industri hiburan kan macam suka yang ringan² jek, mudah nak bawak ke hulu ke hilir kot.

Zahid yang aku tengok di kaca TV malam tu lah, tak sehebat Zahid seperti minggu² yang sudah. Mungkin lagu Broery tu kureng popular kat sini, aku pun dengar bila aku gi karaoke jek, kaum2 bapa nyanyi. Lagu ke-2 pun kurang power. Kalau untuk konsert tu jek, aku rank Zahid no 5. Tapi overall AF2, aku rasa dia layak le menang.

Kaer, aku rasa biasa2 jek. Tak sehebat Januari & Mentera Semerah Padi.

Err.. Adam, aku taknaklah kutuk. Tapi andai ku pejamkan mata ini, aku setujuu bangett sama Farihin. Lagipun nama Farihin lebih kurang ngan nama anak aku - Fareeha. Relevan ke?

"We had joy, we had fun, we seasons in the sun.."
screwloose
August 16, 2004   03:13 PM PDT
 
sumie,

dah rasmi dan sudah tertulis..yg berat pasti tenggelam..
Harapnya ramai yg akan sedar akan kesilapan ini, yg besar mcm pelampung sepatutnya boleh terapung...
Emy
August 16, 2004   04:16 PM PDT
 
Sabaq jer komen sal berat dia. Sian bob. Takper bob mana tau dapat jadik DJ ker. Aku time zahid nyanyi bila bulan bicara tu satu apa pun aku tatau. aku cume enjoy time lagu no 2 jer mungkin sebab aku peminat giler ruffedge kut. Walauy bagaimanapun saya setuju dengan pendapat2 yg kata Zahid not being at the best last nite.

But, still luv him. Nak tgk berapa lama Zahid boleh berthn dalam hatiku. So far hanya KRU dan Erra jer yg masih ku minati sampai sekarang. Yg lain tu semua on and off.
Eisyaarina
August 16, 2004   06:14 PM PDT
 
PA,

OK lah, I boleh terima pandangan u. Sekurang2 Kaer tak le dibawah ngan Adam....hehe
screwloose
August 17, 2004   08:22 AM PDT
 
ish eisya ni.. ini screw le..tak kena ngena ngan Pak Abu... Ini mesti tak sabar2 nak suruh Pak Abu design pelamin kan kan kan.. sampai tershashul shashul.. baju kawin tak siap PA takleh design pelamin..jgn lupa..:)
Frenz_Fly
August 18, 2004   02:20 PM PDT
 
Thanks la sbb tak kutuk I punya celebriti..Linda tetap the best..mmg dia tak dpt menghayati song 1 tu, tapi masa song 2 tu, wuii..best apa. I tak suka sang pengutuk ni..mcm depa ni sempurna sangat....All the best Linda.

Farah pula, klu dibandingkan ngan kawan I nyanyi, kwn I tu lagi power dr Farah. Tp she's cute..cool..smiley...I suka kelantangan vokal dia tu even kekdg I dengar menjerit semacam..tp I lagi setuju kata Ramli M.S tu..Linda n Farah is the STAR coming soon...breep..breep..jgn mara ya..I tulis ikhlas ni.

Zahid, I don't like lagu yg dia bawa tu kcl yg song 1 tu..sbb song 2 tu merosakkan perbendaharaan BM kita...tp nak wat cam mn la kan..da nyanyi..good luck to him...
screwloose
August 23, 2004   07:27 AM PDT
 
hi frenz_fly,

kita memang tak suka kutuk sini sana.. yg mana betul kita cakap.. suara linda memang sedap..kalau polish lagi..bertambah mantap.

betul kata u tu..kadang2 farah seakan menjerit tapi rasanya kalau dibimbing betul2 dia boleh bezakan menjerit atau menyanyi..

thanks for ur opinion!!
mawar kasturi
December 29, 2004   01:21 PM PST
 
apa-apa pun yg korang komen..
about my favourite...LINDA...
' dia tetap yang terbaik..'..
lihatlah di mana-mana dia pergi
dialah yang diserbu paling ramai
peminat....dan Adam juga....
apa-apa pun...semoga maju jaya pada semua.....saya yakin LINDA
dan ADAM will be star....insya-Allah..
selamat tahun baru 2005...
mohd.aizam
January 1, 2005   06:27 PM PST
 
what is this??????????:@
mira
January 14, 2005   03:07 PM PST
 
hai..........
shazlyn
January 22, 2005   02:33 PM PST
 
saya peminat adam.comen tentang adam,buat lah yg tterbaik di masa akan datang supaya awak menjadi yang terbaik
mimie
February 1, 2005   08:06 AM PST
 
adam and zarina is the best!
betty
February 13, 2005   10:19 PM PST
 
adam da' best-terhangat di pasaran
-i hope adam x dibayangi kru k-
love adam.....c u soon.mmuah..
fatihah
August 1, 2005   04:32 PM PDT
 
i love u
cila93
October 10, 2009   07:00 PM PDT
 
npe skunk farah dah xmnyrlh..
dy xsepopular adam..
tp pe2 pown aq mnt farah
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry