Aku kecewa kerana Farah gagal mendapat tempat diantara 3 yg terbaik. Memang bukan rezeki Farah di AF2 tapi aku percaya rezeki Farah akan mencurah2 selepas ini. Untuk mengubati hati yg luka aku telah menggembirakan hati dengan berjumpa penyanyi kesayangan aku SHEILA MAJID di Planet Hollywood pd pukul 3-5pm, 15/8/04. Oh! Sheila! Aku pakai t-shirt SHEILA MAJID-CINTA KITA..mcm tak percaya pulak bila dpt meja betul2 depan stage..sebelum ni jgn harap nak dpt tempat yg begitu dekat.
Aku mula meminati bakat Sheila sejak tahun 1985 bermula dari album Pengemis Muda. Aku ingat lagi masa tu hot dengan film Ali Setan, ditayangkan pada hari raya. Bila aku tgk Sheila dlm Ali Setan dan dengar lagu ‘Jelas Wajah Rahsia Hati’ aku tak fikir banyak lagi…aku korbankan duit raya semata2 nak beli kaset Pengemis Muda. Masa tu kaset Cuma RM6.50..sekarang dah double harga kaset. Sampai la ni aku masih setia dengan Sheila. Kalau aku jumpa kawan2 sekolah depa mesti tanya minat Sheila lagi??of course..Sheila dah jadi mcm trade mark aku pulak. Kalau Adam AF2 dikatakan makan Kru, tidur Kru segalanya Kru, aku pulak semuanya Sheila sampai kawan2 aku kata bagilah lagu apa saja untuk aku nyanyi mesti aku akan mengsheila kan lagu tu.. Kalau berkaraoke pasti selagi ada lagu Sheila selagi itu aku nyanyi, kalau takde aku carik lagu omputih yg Sheila selalu nyanyi masa konsert.Kerana Sheila aku sanggup ponteng class masa moda2 dulu..kekeke..tapi taklah sampai fail belajar… result akhir aku tidak memerlukan aku membayar balik satu sen pun kat MARA..
Comelnya Sheila pada petang Ahad lalu..berbaju pink …walaupun sarat mengandung Sheila masih mahu menyanyikan lagu Kerinduan untuk kami. Tak ramai yg datang, mungkin tak ramai yg tahu...Begitu exclusive sekali… boleh borak2 dgn Sheila…oh yes!! She remembers me…sukanya aku. Aku rasa anak yang bakal Sheila lahirkan adalah anak lelaki berdasarkan airmuka nya yg berseri2 dan perut Sheila sendiri… mcm berpengalaman lak aku. Sheila kata dia tak scan baby dia..dia terima saja apa yang Allah bagi. Sebagai persediaan dia sudah ada nama yg bakal diberikan kepada babynya. Kalau baby girl, namanya Khatijah sempena nama isteri Rasulullah S.A.W dan kalau anak lelaki Muhammad Omar sempena nama sahabat Rasulullah S.A.W. Sheila kata dia tak fancy nama2 moden yg susah nak sebut.
Sheila sangat pandai buat lawak…terkekek kekek kita org gelak.. dia pun terkekek kekek tergelak bila kami buat lawak… Selepas autograph session n interview session Sheila pun nak balik….dia dtg ke meja aku to say goodbye…aku terharu sangat.. aku ambik gamba lagi dgn Sheila.. lepas tu kita org bye bye dgn Sheila… Sheila dijangkakan bersalin pd 7th of October 2004. Aku doakan kak Sheila selamat melahirkan, semuga dianugerahkan dengan zuriat yg comel dan solleh. I LOVE U SHEILA!!! You are my DIVA!!

Melayan peminat generasi baru

Sheila dengan kipas, mcm nak buat opera cina pulak