If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Wednesday, August 18, 2004
MY ROJAK BOOK


Ini buku rojak aku masa form 4 dulu, Jilid 1. Fungsinya ialah untuk diconteng, sesiapa saja boleh meluahkan rasa bosan tahap cipan, anyam ketupat, rasa syok sendiri dan apa saja yg kawan2 aku nak tulis boleh saja waktu dalam kelas. Biasanya buku ni akan beralih daripada satu tangan ke satu tangan, dari pangkal ke kelas ke hujung kelas. Biasanya jugak kalau aku sibuk dgn aktiviti sukan di mana aku tak masuk kelas aku akan tinggalkan buku ni kat kawan baik aku Nik Anita yg comel. Jadi sedikitpun aku tak akan ketinggalan dlm segala aktiviti riadah di dalam kelas walaupun aku takde.  Rojak book aku ini akan menjadi idaman ramai di dalam kelas bila subject Geografi. Aku rasa bila Geografi takde sorang pun yg kusyuk belajar dan dengar cikgu cakap. Aku ingat lagi Mrs. Sathia yg ajar Geografi, dia ni kan, kalau mengajar mata dia pandang kat ceiling jadi dia memang tak nampak budak2 tengah buat apa. Masa dia ngajar ada yg tido disebalik buku, ada yg makan disebalik buku, ada yg sibuk copy homework dan selalunya kita org sibuk berbalas pantun.. haa..pakai buku nilah nak balas pantun. Bukan kita org tak nak belajar tapi rasanya kita org nak menghidupkan lagi khazanah Melayu lama dengan berbalas pantun. Aku nak share salah satu sessi berbalas pantun yg ada dlm buku ni ngan korang.

 

Aku :

 

Dear Marina,

 

Kulup budak lelaki

Hobinya suka main dam

Marina cakap tak henti

Walaupun orang suruh diam

 

Marina :

 

Screw,

 

Sapa tak tau Kulup budak lelaki

Dia memang suka jadi nelayan

Marina cakap tak henti

Sebab Screw suka layan

 

Aku :

 

Marina nama diberi

Hobinya suka menyanyi

Kalau cakap tak henti henti

Lebih baik aku mati

 

Marina :

 

Buat Screw sayang,

 

Screw suka lukis kartun

Kartunnya pun macam orangnya

Begitulah adat Screw berpantun

Dah tak ada idea, cerita mati dibangkitkannya


Hmm.. rindunya kat zaman sekolah.. nasib baik aku ada rojak book sebagai kenangan..bila aku bosan aku baca.... bila aku sunyi pun aku baca jugak.. Hmm kiranya akal aku panjang jugak nak buat buku conteng ni kalau tak kenangan akan pudar di telan dek zaman.


Cheers! 


Posted at 09:22 am by screwloose

shamina
August 18, 2004   11:04 AM PDT
 
my gosh screw... form 4? how long ago was that??? simpan lagi ek!! but i did sumthin similar too - pun masa form 4 - konon2 honeymoon year kan.. happening la sket!! a friend started it... tpi tak smpi la rounding satu kelas.. jes among us few friends ajela.. that was real fun.. ooohhhh.... i missed my school days too n my dear frenzzz.
screwloose
August 18, 2004   11:11 AM PDT
 
1989 kak sham..15 years to be exact.. err dah tua ke saya..mm tak kisahlah tu jadi awet moda..kekekekek
Emy
August 18, 2004   12:10 PM PDT
 
Screw I ada satu buku tapi more like memory book la dr form 1. Even my first love pun ada contribute kat situ. Such a long year. I miss all my friends la.
SuMie
August 22, 2004   01:00 AM PDT
 
Mari berbalas pantun:

Screw memang kaki lawak
Buku rojak pun dibuat gelak
Aku ketawa terbahak-bahak
Err.. rojak satuu, mamak !!!

Ayomm.. ayomm..
anneiz
August 17, 2005   11:43 AM PDT
 
cute idea to have rojak book. can be practic in now days to. gonna do it in my class 2morrow
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry