If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Friday, May 04, 2007
Kawan Lama

Aku ada sorang kawan lama yg aku kenal dari tadika lagi.. Namanya Nazureen bt Kamarulzaman. Kami sama2 satu tadika, darjah 1 hingga darjah 3. Aku dgn dia memang suka beraksi lasak, kita orang main basikal lepas sekolah..belajar bako daun kering ala2 merokok segala aktiviti yg lasak lak.. main bola kat padang sekolah bila lepas ngaji sampai pecah2 tingkap kaca dewan kita org keje kan..

Masa darjah 2 dia tak berapa pandai mengaji, aku selalu tolong dia bila kelas agama..aku ajak dia pi belajar mengaji dengan wan ngaji aku..1 st day ngaji dia pakai seluar..terkekehkeh aku gelak sebab memang la kita org suka lasak2 tapi apa hal ke ngaji pakai seluarkan.. Aku, abg cik dan kawan2 lain gelak tak hengat kat dia..amelia, abg shawal, syamsul dan sharul 3 beradik jadi rakan subahat. The next day, dia tak dtg ngaji sbb merajuk tapi kita org ramai2 pi umah dia dan pujuk...so dia pi gak ngaji tapi pakai baju kurung, lepas ngaji , kita org tukar uniform suar pendek + t-shirt main beskal, bola n badminton, main masak2 kita orang tak layan ok. Raya pun dia ajar aku berjalan dari pagi dari rumah ke rumah pi kutip duit raya.. Lepas darjah 3 abah pindah ke Seremban so aku lost contact dgn dia dan kawan2.

Satu petang masa baru masuk form1, masa duduk kat hall sekolah waktu assembly tetiba mata aku terpandang kat Nazureen eh eh macam akukenal, tapi di mana yaa... dia pun terkejut tgk kecomelan aku.. so, kita org berjumpa balik dan dia bawak aku jumpa jurulatih hoki, aku pun join hoki jadi jaga tiang gol. Bila meningkat remaja, mungkin haluan dan fikiran kita berbeza tak sama masa zaman kanak2 yang reti nak main je... aku rasa fikiran aku tak sama dgn dia lagi, pemikiran kita org agak berbeza, persahabatan menjadi agak jarak walaupun masih boleh berhuha huha bersama tetapi ada waktu ketika sahaja.

Lepas sekolah hanya sesekali terjumpa dan hanya berkirim khabar dan bertanya khabar pada kawan yg lain. Dan kabar terakhir yg aku terima Nazureen telah pun meninggal dunia kerana kanser pada 26hb April yang lalu. Aku agak terkejut kerana tidak menyangka hal ini berlaku padanya. Bila aku bercerita dgn mak dan abang cik, mereka turut merasa sedih .Abg cik terus bercerita zaman kegemilangan kanak2 kami ketika di Rembau.

Walaupun kami tidak sehaluan semasa meniti remaja tapi memori di zaman kanak2 yang kami kongsi bersama terlalu berharga dan manis.
Nazureen, maafkan aku kerana tidak menjadi kawan berkongsi susah dan senang sehingga akhir hayat kau. Bila aku kenangkan kembali kehidupan kita di Rembau, saat itu adalah yang terindah...rindu pada zaman itu, rindu pada kawan2 lama. Kalaulah aku tahu lebih awal pasti kau akan ku ziarah, boleh kita flash black zaman kanak2 kita, sekurang2 aku pasti kau boleh tersenyum dgn kenakalan kita.

Aku doakan kau di ditempatkan digolongan para syuhada dan semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atas rohmu itu.. Al Fatihah


------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam dikejutkan lagi dengan pemergian junior sekolah yang bernama Susanna Jafri Tay dan suaminya. Walaupun tidak rapat tapi aku selalu ym dgn arwah dan arwah selalu bercerita suka-dukanya dan mintak pandangan aku. Last ber ym dgn arwah bln 3 yg lepas. Baru last week carik arwah di YM tapi off-line dan sempat menjenguk ke blog arwah www.susanjafri.blogspot.com. Semuga arwah dan roh suaminya ditempatkan digolongan para shuhada dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Amin.

Al Fatihah...

YA ALLAH AMPUNILAH MEREKA
KASIHANILAH MEREKA
KAU TEMPATKAN LAH MEREKA
BERSAMA ROH-ROH ORANG YANG BERIMAN
AMIN YA RABBIL ALAMIN

Posted at 05:47 pm by screwloose

sharon
May 4, 2007   08:15 PM PDT
 
alamak... makcik....
bkn 26hb May la....
isk...isk...
26h April la....
adoi...adoi...
bley edit blek x?
lempeng
May 4, 2007   09:28 PM PDT
 
Sometimes just because we cant see it, doesnt mean it isnt there.. sometimes, just because it cant touch us, doesnt mean we shouldnt care...

Seperti yg telah kujanjikan, aku taknak tepon kau lagi sebab aku tak suka cakap ngan org yg berbisik "I'm in the meeting" :P

Take care & miss you.. cewahh... ni sure ada yg speku ni but I likeeee... :P

skru
May 4, 2007   10:39 PM PDT
 
back to the future lak ek sharon..ok dah edit..

lempeng, err kau rasa sexy tak bila aku bisik kata i'm in the meeting?;p
m
May 7, 2007   10:14 PM PDT
 
"i'm in a mtg'...

'i'll call u back'...

..dan seumpama dgnnya dgn sore bisik2 konon2 romantikus ler tu ;p...nyampazzz

Al-Fatihah kpd kawan2 ko...
lempeng
May 10, 2007   08:48 PM PDT
 
Sexy??!!! Seksa... buang credit je okeee!! :P
web design
April 2, 2009   06:10 PM PDT
 
TAK BAIK MEMBAZIR
museum exhibit
April 3, 2009   04:17 PM PDT
 
BETUL TAK ELOK MEMBAZIR
second home
April 3, 2009   04:34 PM PDT
 
mambazir tu sifai syaitan
malaysia web design
June 24, 2009   12:36 PM PDT
 
aku tak suka orang yang suka membazir
malaysia web design
June 27, 2009   10:56 AM PDT
 
MEMBAZIR VTU SIFAT SYAITAN
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry