Assalamualaikum kawan-kawan,
Lama Kak Temah tak bercerita-ceriti di sini. Kononnya masa begitu mencemburui Kak Temah , dulu2 bos lama Kak Temah selalu kata tak cukup masa, tak cukup masa.. kena kerja lebih..kerja lebih kerja lebih..tapi pada Kak Temah Allah dah beri 24jam dalam sehari, kali dgn 7 hari ada 168jam seminggu..kali setahun..banyak masa sebenarnya. cuma bergantung pada individu bagaimana nak fully maximise masa. Kalau org tanya Kak Temah bagaimana Kak Temah guna kan masa...hmm....mungkin ambik masa juga Kak Temah nak beritahu setiap aktiviti Kak Temah dalam sehari. Kak Temah memang tak suka buang masa, kalau Kak Temah jalan mang pantas, punggung pun tak sempat nak hayun ke kiri ke kanan ala2 itik gembo2..laju je..rasanya kalau Kak Temah pi training unt walkathon kemungkinan besar Kak Temah boleh wakil negara takpun sekurang2nya wakil daerah..
Dalam 6 bulan lepas, Kak Temah masa K Temah terisi dgn terkejar sini sana dgn beberapa projek peribadi..reno rumah..tlg kwn2 reno rumah..tolong along reno rumah... bikin kereta lama..berangan nak drift... dan yg latest edition bukak dobi... Satu hari K Temah terbangun tengah malam terpikir nak bukak dobi.. tetiba je muncul dan esok tu satu hari suntuk K Temah google cari info .. K Temah buat few appointments dgn supplier.. walaupun K Temah kurang arif dgn mesin dobi ni tapi K Temah ni org technical jadi sikit sebanyak bab technical supplier takleh gebang laa.. Hari ke-2 K Temah google K Temah jumpa tempat yang buat training berbayar.. terus K Temah call dan register.. sambil menunggu hari Training dalam seminggu lagi, K Temah usha2 lah kedai yg kosong kat Mutiara dan Damansara Perdana. Sewanya Allahuakbar mahal giler area situ. Tetiba Kak Temah teringat kedai kat bawah Apartment K Temah kat DP, begitu strategic. Bila call management kata takde kosong. K Temah call agent K Temah and bingo!!! ada ksong unt disewa pasal tenant dah tak byr 4 bulan.. berhari2 K Temah lepak kat bawah lobi nak tgk ramai tak yg bawak baju sebakul ke seguni nak antar dobi dan spt yg dijangkakan memang ramai pun yg hantar dobi kat luar. Sehari lepas training K Temah bawak trainer unt tgk tempat dia kata sgt strategic dan terus K Temah booking kedai.. Hmm dalam masa 10 hari terpikir nak bukak dobi tak terpikirpun nak terus sewa kedai sebenarnya. Tapi yg paling K Temah frust kontraktor ambik dlm 2 bln setengah nak reno unt kedai yg cma 557sqft.. bila K Temah kerah suruh cepat, boleh dia kata, takpe kak, kedai ni bagus takpe lambat sikit.. Padahal K Temah dah bayar sewa for 2mths tanpa jln bis pun.. duit keluar mcm air je.. Nasib baikla dia buat cantik juga..kalau tak ,harus ku gusti..
Alhamdulillah, kedai dah mula beroperasi pada 2hb Mei lepas dan syukur jugak, hari pertama dah ada pelanggan, hari ke-2 pun ada juga.. Hari ni K Temah bukak kejap je pun ada juga..so sinar harapan tu ada la. Tapi kan customer K Temah takde Melayu lagi, customer pertama neighbour kedai K Temah, dari Ceylon, ke-2, Indonesian yang anta 2 guni..ke-3 Cina..ke-4 pun Cina...hari ke-2, tolak Along, pun takde customer Melayu..Ceylon, Cina, Omputih..K Temah ambik positively, rasanya dobi K Temah ni ala2 "World" lah kan sbb customer antarabangsa gitu..
Sebenarnya K Temah bukak dobi ni unt passive income for my parents and Pyan satu2nya adik K Temah.. Kalau Pyan nak berhenti kerja dan nak concentrate biz ni K Temah boleh handover terus kat dia... Sekarang ni pun nampak mcm dia dah mula minat nak ambil tahu banyak benda... Kalau dia betul2 minat nak take charge... K Temah lagi suka sbb ini bukan unt K Temah sepenuhnya sebenarnya.. Bila org tanya K Temah, K Temah kata dobi ni Pyan punya semuga masin mulut K Temah... Perancangan unt dobi ni melebarkan sayap juga sudah ada.. biar satu satu dulu..
Selain dobi, ada lagi projek dlm perancangan dgn Along. Nama syarikat dah register... Dari kecik K Temah mang kagum dgn Along. Along lah org yg pertama dlm ramai2 sepupu yang pi sekolah asmara dan Along lah yg paling pandai. Memang Along sudah punya kareer yg mantap tapi K Temah rasa Along patut dapat lebih daripada itu. Bila ada jln, peluang, kena masanya K Temah tidak fikir 2,3 kali..Along yg K Temah teringat.. Alhamdulillah ruang dan jalan unt Along sudah ada....
Terfikir unt menceburi dalam idustri pemakanan.. Mungkin akak lebih layak untuk menerajui. Akak seorang yg begitu sistematik dlm bajet, filing sistem dll. Pernah K Temah di tipu oleh CIMB bank dimana duit K Temah ditarik balik oleh CIMB dari account Bank Kak Temah kerana menerima arahan dari bekas majikan untuk menarik balik RM10K dari account K Temah.. gila kan CIMB Sri Petaling!! Akak lah yg telah berusaha untuk call Bank Negara dan organisasi berkaitan untuk menyelesaikan masalah. Dalam masa kurang 2 jam Bank Negara telah memberi Amaran kepada Asst Manager CIMB unt masuk kan kembali duit K Temah. Asst Manager tersebut juga telah menghubungi K Temah untuk meminta maaf dan mintak K Temah tarik balik report ke Bank Negara kerana takut akan diberhentikan kerja...
Bidang fesyen pun K Temah berminat. Abg cik sangat layak unt itu!! Mungkin dia kurang berpengetahuan dalam biz management tapi unt design, consultation sememangnya layak. Dia memanglah tidak sepopulor Rizalman, Razwan Razwill dll... tapi pengalaman sebagai lecturer, stylist dan consultant tidak boleh dipandang sebelah mata. K Temah bangga ramai student dia berjaya menempa nama spt Hatta Dolmat dll....
Hmm.. tunggulah ..satu-satu dulu... nak guna byk duit juga tu... satu hari nanti..InsyaAllah
Posted at 02:15 pm by screwloose
 |  |  |
m May 6, 2008 11:07 AM PDT
'Akak seorang yg begitu sistematik dlm bajet, filing sistem dll.'
sure or not???? ;p |
 |

 |  |  |
skru May 6, 2008 12:04 PM PDT
I'm referring to my sister lah, 'akak'.. baca tak habis tu.
K Temah tak suka buat filing.. tugas tu semua K Temah serahkan pada org lain..mcm tak ngerti ko ni... |
 |

 |  |  |
lanai May 11, 2008 02:13 PM PDT
I read you want in a hurry
Take one at a time in business
Build up the networking
Lay the firm foundation
Before you spread your wings
No doubt I like your tenacity
In pursuing your objectives
Even trees take years to bear fruit
Properly nurtured feeding correctly
Laundry business, interior decoration
Café or restaurant or what’s next?
Are you in a hurry to make millions?
If that is so………….
Think of one that rolls the money quickly
And don’t forget to admire your scenery
Everywhere you walk on your way
I know about Singaporeans and Hongkies
They walk so fast……….heading into their objectives
I sit in a corner enjoyed my burger
Looking at the ‘flying’ people in a hurry
Now I relax
In my own little world
I can afford it
Dreaming my life lazily away
Enough of walking
Enough of planning and budgeting
And not forgetting about sales and marketing
Enough of listening to complaints
And putting up the long hours every day
Today I am free……………..
And I wish you get your dreams
Hard work, persistence and perseverance
And not forgetting luck
And God ways………….
|
 |

 |  |  |
UC May 14, 2008 01:58 PM PDT
may ai lama giler kau tak update blog ni..
kalau sumie buat blog JomKurus (dgn herbalife) kau buat lah entry JomKurus dgn mendobi...kau letak Ticker satu kat sini ..leh kita org nengok berubahan berat badan dr mula2 kau bukak kedai dobi sampai skrang..tp kenalah update ticker tu tiap2 minggu..baru nampak perubahannya.
skrang ni aku cuma gi kedai hari sabtu jer (sbb abg aku close hari ahad) tu pun setakat jaga kaunter ngan kutip utang....aku nak gi kedai kau asyik tak brapa nak jadi jer...cuti wesak kau tutup ke? |
 |

 |  |  |
rain May 15, 2008 12:59 PM PDT
fuhh..lamo sungguh tak mai sini!
tahniah skru, dah bukak kedai dobi!! respekla.. tak payah byk citer, terus jalan jer idea kalau betul2 nak buat..
all the best with yr business! insyaAllah |
 |

 |  |  |
skru May 27, 2008 05:22 PM PDT
UC...masalahnya nak buat ticker tu pun aku tatau... dan errrr yg mendobi tu pekerja buat aku jaga kaunter je tapi penat gak..kekeke
rain, mangla boleh jalan tp ongkosnya sudah ngempissss |
 |

 |  |  |
UC May 28, 2008 12:51 PM PDT
pasal ticker tu bisa diatur..aku leh tolong kau tapi nanti kita calling2 lah...
skru bila nak jemput kita org panaskan rumah kau..kau nak kit aorg bawak unggun api tak hehehhe |
 |
