Ish..sorilah AMTY, aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk bercerita-ceriti pasal gathering hari tu. Bukan nya apa kerjaya sebagai 'pengukur jalan' memang menuntut banyak masa aku di luar sana.
Korang pun dah baca kat blog Emy, K sham, Mag, Qyrie, Eisya pasal agenda kita pada hari tu kan.. dan korang pun dah sedia maklum pasal Hamba Allah yang nampak kental di 'tingkap' tapi pucat lesi di 'titian'. Sapa lah tu ek?! Okke la okke laa.. biar aku katakan di sini, sebagai seorang pelakon yang berwibawa boleh tak aku umumkan yang aku hanya lah berlakon hari tu?? Apa yang korang lihat hanyalah lakonan 5 bintang ku semata2??Oh!Lihatlah dunia sudah ramai terpedaya!! *sambil mengelak tin kosong dan botol hasil lontaran AMTY yang lain*.
Pada awalnya memang aku tak terasa dan tak terpanggil untuk menyahut cabaran titi gantung KLCC tu..aku kenal diri aku dan aku tahu limit yang aku boleh pergi.. dan telah ku ceritakan di tingkap akan kelemahan ku ini. Ewah!Ewah AMTY yang lain mengambil peluang bila tahu kisah legenda aku.. inilah masa nya depa nak sakat aku sbb diwaktu2 yang lain aku je yang duk sakat depa.. takpe aku bagi chance tu.. :) Walauapa pun kata mereka aku tetap dengan keputusan aku tapi bila mendengar Yani kata ' Screw, aku pun gayat jugak tapi laki aku kata, kena lawan jugak... kena cuba..' Hmm tapi Yani ko takde kisah legenda..aku ada..getus aku dlm hati namun setelah 30 kali fikir balik kalau Yani si Ratu XXX yang kecik mcm budak darjah 6 tu boleh takkan aku tak boleh? Maka telah ku bulatkan tekad lantas ku war2kan niat murni ku itu kepada Emy. Emy telah melaksanakan tugasnya sebagai PA aku dengan baik dengan menguruskan hal tiket dengan pihak penganjur, CO2.
Ahh!! Hari yang ditunggu telah tiba..kami berkumpul di DOME. Aku telah memastikan tahap kesihatan yang terbaik hari itu dan juga aku pastikan perut ku ini tidak terlalu kekurangan makanan atau berlebihan. Aku rasa persediaan yang aku buat cukup untuk mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku. Namun aku tidak dapat melunaskan 'nature call' yg terakhir sebelum menyahut cabaran kerana kebanyakan tandas KLCC ditutup untuk diubah suai. Aku anggap KLCC telah mengsabotaj aku demi meneruskan usaha murni menyahut cabaran titi gantung. Sungguh keji tindakan mereka itu!! AKU BUNCI SAMA MEREKA!!
Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memberitahu AMTY bahawasenya aku tidak dapat melunaskan tanggungjawab sebagai photographer dengan baik akibat daripada hilangnya konsentrasi dan fokus dalam mencari angle yang terbaik. Tumpuan ku hari itu adalah satu 'Titi Gantung' yang bisa melemah longlaikan lututku dan bakal menggegarkan kepala hotak aku. Ampun dan maaf Malaysia!
Namun dengan semangat dan tekad yang bulat disamping sokongan yang kuat yang telah diberi dengan percuma oleh AMTY yang hadir aku dapat gagahi kaki untuk melangkah ke pertengahan titi dengan sekadar mejeling2 di luar dan di bawah. AMTY sempat mengambil group photo dan ketika dan saat itu aku rasa badan aku dah sejuk mcm peti ais, otak aku tak dapat mengimbangi graviti dan tekanan, dan aku rasa badan aku seperti dipukul ombak.. kerongkong ku rasakan sempit dan aku memang rasa nak balik. Qyrie dan Yani sempat memegang aku tanda sokongan. Terima kasih daun keladi ye...
Selesai bergambar aku tengok kiri dan kanan kalau ada tong sampah kalau tetiba aku nak termuntah.. hmm takde..jadi akupun mengundur diri untuk 'pulang ke pangkal jalan'. Di dalam perjalanan aku memang rasa nak pitam.. ayaq mata dan ayaq hidung keluar tanpa diundang.. Adoi! Tiba di pangkal titi ramai lak tourist.. tapi aku ala2 cover ambil gambar view luar..sipi2 padahal dalam hati jantung macam nak gugur.
Aku tengok kanak2 ribena(anak2 CO2, K Sham dan Yani) relax je.. macam tak tahu takut.. sampai je kat titi tu terus berlari sana sini dan melompat.. mak aii.. pada aku itu adalah satu aksi ngeri..kecuuut perut aku tengok.. haha!! Takpe Mac Gyver yang terer tu pun gayat.. MR T yang kuat tu pun takut dengan tinggi jadi apalah sangat aku ni.. jadi aku tak rasa kelemahan ni satu pukulan yang hebat sbb aku rasa aku antara spesis yang istimewa seperti mereka...
Habis acara di 'atas awan' AMTY meneruskan perjuangan di darat pula. K Sham sempat menghulurkan 'bantuan kecemasan' minyak cap kapak kepada aku sebab aku dah terasa loya2 dan mengalahkan pompuan mengandung. Me kasih K Sham. Sekurang2nya dapat jugaklah aku bernafas bila letak minyak tu kat hidung. Acara di teruskan lagi... tapi aku malas nak taip..sila rujuk pada blog AMTY yang lain untuk aktiviti seterusnya. Oh ya, dalam pada bergumbira Sumie sempat menghantar sms dan call aku.. oh Sumie..ketahuilah aksi touch-up mu memang dirindui olah lensa camera ku, mana bisa camera ku melupakan 'cinta pandang pertama' nya....

Mak borek anak rintek.. anak Watie sedang menghayati gambar Adam..

Ardini : Nak sikit!! Mak kita masih tak pandai jugak lagi buat kek ni!! Mak awak?

Baby : Mak kita pun tak pandai jugak!! Mak awak dgn mak kita sama je...pandai chat je kan kan kan

K Sham: Bill bagi kat dia tu..yang kecik baju kelabu tu

Yani : Eh! Apalak sini.. bagi kat dia balik!

K sham : Ces! Nak kena si Yani ni! Melawan cakap aku!! Siap ko nanti!!

Mag : Oh depa bayar ye.. baik aku makan banyak2!!

Kek untuk AMTY dan khas untuk Eisya dan Boy

Qyrie cuba menculik Boy

Kanak kanak ribena.. yg depan yg tembam sekali ni nak kena sterika dgn aku nanti ni

Pelakon undangan sedang beraksi

Tiket dan pas masuk..tangan dan mata tajaan Emy

Panorama KL dari Titi Gantung
Apa-apapun satu aktiviti berfaedah telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan aku juga telah dapat melawan kelemahan di atas sana walaupun hampir kecundang di saat2 kecemasan. Kepada pelakon-pelakon utama dan undangan Emy, K sham dan keluarga, Yani dan keluarga, Watie dan keluarga, Qyrie, Mag, K Eisya, CO2 dan keluarga dan juga Jejaka Idaman Malaya yang begitu sporting menghadirkan diri pada setiap gathering iaitu X-Men.. (Kaulah satu, satunya diantara berjuta... *Emy nyanyi untuk X-men*) tahniah kerana telah berjaya melakonkan watak masing2 dengan cemerlang. Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri seperti Sumie ( aksi touch-up mu menjadi pojaan hati ku), Sinchan, Act, Kre dan Y tuan tanah.. anda semua jauh di mata dekat di hati kami!!!
Hingga berjumpa lagi di lain hari.. Insya Allah di Seremban!! Jumpa anda di sana! di sana!!
Cheers!
Posted at 01:35 pm by screwloose
Permalink