If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed







Wednesday, October 13, 2004
Percutian di Cina - Uikk!!!

Percutian mengikut company trip ke China pada tahun 2002 memang menyeronokkan bila diingat. Sebelum sampai ke Shanghai mati2 aku ingat Shanghai tu taklah canggih mana… ada apa dekat Shanghai ekk? Tapi bila sampai kat sana mak aiii… lebuhraya lebih maju dari Malaysia..  bertingkat-tingkat aku rasa ada yang sampai cecah tingkat 21… gayat aku bila kat atas tu.. terasa macam naik roller coaster lah pulak. Barang-barang untuk shopping jangan lah cakap..murah gila babas..kalau kat sini RM5 nak beli air kat starbuck pun tak cukup tapi kat sana dah boleh dapat T-shir selai.. memanglah tak branded tapi setakat nak pakai duk rumah no hal laa.. Aku habis kan duit RM1.2K dan terlalu banyak benda yg aku dapat.. bayangkan ee.. aku gunakan RM800 tu unt modal aku berniaga dan collection aku RM2.2K bila balik Malaysia… untung ke tak untung tu!! Tapi kat China ni bab toilet memang kantoi.. aku ada sejarah tersendiri dekat China tempat kelahiran moyang aku punya mak..belah abah punya bapak…(pehh explaination..)

 

Kisah Tandas

 

Orang kata kat China ni kalau nak cari tandas senang sebab dari jauh lagi dah terbau auranya..jadi pasti tak sesat.. First time, kita orang sampai bas berhenti kat petrol station sbb nak isi minyak maka berlari2 anak lah aku sebab dah tak tertahan lagi, dah dekat lebih kurang 8 meter nak sampai pintu toilet… mak aiii bau.. terus aku baut u-turn secara mengejut… tak sanggup!!!

Pastu bas berhenti lagi dekat kedai jual teh.. ok yg ni at least better..tapi pelik lah tandas depa sebab dinding each partition sampai bahu je.. jadi boleh jenguk orang kat sebelah kalau mahu.. dah lah tu.. depa tak pakai toilet bowl.. depa buat mcm longkang.. kata lah ada 5 partition… jadi dr partition yang pertama sampai partition ke-5 tu depa buat longkang ala2 ‘Terusan Wan Mat Saman’ .. memanglah boleh nampak kaki orang kat depan..silap2 kalau tunduk kan kepala sikit lagi masa mencangkung boleh nampak gak ‘sesuatu’…hehheh tapi aku tak buat gitu laa..mahu tembel bijik mata aku nanti. Ada toilet yg takde pintu jadi kena tutup dengan payung gitu. Ok berbalik pada toilet tadi..  aku pun pi laa kat partition yg terakhir.. sbb pada pandangan aku, aku boleh tengok pungguk orang tapi orang takleh tgk aku punya kan…. Tapi memang kesilapan teknikal lah.. silap percaturan…langkah  yang tidak bijak aku ambil. Rupanya dalam nampak daif toilet ni… teknologi depa tinggi gak..siap pakai sensor tu… tak kira partition mana yang telah mengeluarkan isi perut.. automatic system akan kluar air dari paip yg ada kat longkang partition pertama mengalir sampai longkang partition ke-2, ke-3 dan seterusnya. Jadi korang bayangkanlah aku kat toilet yang terakhir..apa yang aku dapat!!! Segala khazanah dari toilet pertama ke-2, ke-3 ke-4 mengalir ke tempat aku dan terus masuk kat lubang penyimpanan…. Ya Allah.. culture shocked aku kat situ… termuntah terbelahak sampai nak pengsan!!! Pelbagai bentuk  saiz dan bau. Sapa punya idea buat toilet macam ni daaa???? Sejak hari tu aku tak pegi membuang merata.. aku pi hotel je kalau nak membuang…. Yg pasti kat sana ada toilet bowl..

 

Kisah Hotel

 

Hotel 4-5 bintang depa memang cantik.. bilik jangan cakaplaa.. ID dia memang buat orang tak nak keluar bilik.. Toilet pulak buat rasa nak membuang selalu je.. Ada satu petang lepas balik berjalan.. aku ngan room-mate nak balik bilik untuk mandi manda. Puas lah kita orang tonyoh kad kat pintu bilik tu..tapi tak bukak2.. aku tgk no bilik dan kad sama 1015.. pastu roommate aku tonyoh pulak pun tak leh gak bukak pintu… dekat 15 minit sesi tonyoh menonyoh ni.. kita org naik pelik dan hampir hangin.. panggil lah  staff kat bawah mintak tolong pasal kad dan pintu ni.. dia pun ikutlah ke pintu bilik…dia pun tonyoh2 kad tu tapi tak gak berjaya.. tengok muka dia mcm pucat je takut kena marahlah tu, tapi kita orang cool je sbb memang kami terdiri daripada orang yang penyabar… pastu dia tonyoh dengan kali terakhir.. yap in sengg mata kajiii semareng ngi sengg..pintu terbukak…. “ Moshi2X.. rr anything we can help u?” aiikk sore dari dalam tourist dr Jepun, sepertinya dia yg membuka pintu dari dalam..hmm sapa pulak mangkuk hayun kat dlm bili aku ni?? aku pandang room mate aku dia pandang aku.. staff tadi pandang muka aku… pastu aku tengok no bilik kat pintu.. aku tengok kad kat tangan staff tadi…. Laaa semua orang kena tipu dengan aku…. No bilik tu 1510..kad tu tunjuk no 1015…. Ooopss sorry…silap pandang!!!! Hehehe semua dah diperdayakan oleh aku!!!!kekekkeke.. padan muka!!!lalalallalaaaa


Posted at 12:08 pm by screwloose
Comments (20)  

Thursday, October 07, 2004
Cerita Pendek 1

Aku ada cerita pendek yang nak diceritakan. Akan aku pendekkan cerita ini sebolehnya agar tak melebihi 16cm. Begini, kisah ni dah 10 thb berlalu..masa zaman ranggi aku laa. Aku ada scooter V100 yang abah belikan untuk kemudahan ke kelas dan aktiviti berpoya2. Satu hari aku nak pi tgk wayang kat belakang CM jadi aku pun pergi la jemput kawan baik aku Sherry kat hostel dia dgn scooter comel aku ni. Ewah bukan main bergaya dia, dgn baju biru pekat dan tudung merah tampak ‘sebati’ dgn kaler topi keledar dia yg berwarna merah jugak. Dalam perjalanan kami berborak sakan..wuyyoo orang kat tepi jalan duk pandang2, begitu jugak dgn kenderaan yang berselisih. Hek elee tak pernah nampak pompuan bawak motor ke apa. Aku ada lesen L je, jadi disebabkan Sherry ada lesen motor aku jadi lah pembonceng kat belakang. Sesekali aku tutup muka aku dgn tudung dia yg bahagian belakang sbb nak elak tertelan asap bas mini. Dalam perjalanan, kami berselisih dgn polis traffik, abg tu pandang kami sambil hon kat kami. Dengan bangganya kamipun angkat tangan tanda sokongan dan hormat. Tak lama lepas tu  kami berselisih lagi dgn polis traffik, yg ini muka dia pelik sikit..raut wajahnya seperti menunjukkan kekaguman kepada kami.. Kamipun angkat tangan lagi..dan Sherry siap hon lagi kat abang polis tu sebagai tanda 'lu apahal brader'. Sampai je kat simpang empat sebelah Pudu Jail tu Sherry benti kan motor sebab lampu merah. Yang ini kami memang pelik awatlah org kiri kanan dok perati.. sebelah kanan bas mini..sebelah kiri teksi.. Bila aku pandang kat bas mini tu mcm semua org pandang kat motor sambil tunjuk2.. apa ke jadahnya ni.. bila aku pandang kiri.. apek taxi driver tu pun ala tercengang tengok kat kawan aku…aku tanya Sherry..apa hal ni.. dia kata ‘alaa biarkan biasa la tu..gayat tak pernah tengok pompuan bwk motor kot’… aku duk control ayu je lah bila semua org dah pandang2.. tetiba uncle driver kat sebelah kiri tu turunkan cermin sambil cakap kat Sherry… “waa helmet lu mana?”. Sherry pun apa lagi pegang la kepala dia… laaa dia memang tak pakai helmet…  aku pun baru terperasan takde helmet kat pala dia… Ayyoo aku pun satu dari Sg Besi sampai ke Jln Pudu aku boleh tak perasan takde topi keledar kat pala dia..siap tutup muka lagi dgn tudung belakang dia tu… memang sah aku pun blur...boleh hon dan angkat tangan  kat abg polis traffik tuh lagi..itu yang tak tahan tu… Dalam keadaan terkujat Sherry pun mengambil langkah bijak dgn menurunkan aku kat dpn Pudu Jail.. Dia balik pakai topi keledar aku untuk ambik dia punya kat hostel… Bila balik hostel lepas tgk wayang kita org cite kat budak2 umah dia… tergolek2 depa gelak.. Semenjak hari tu aku banned tudung merah dia tu…nggak boleh pakai kalau nak naik motor dgn aku... mahu taknya dah kaler tudung dia sebati dgn topi keledar bisa mengaburi mata hitam ku ini….  Yang pelik polis traffik pun boleh tengok sambil memberi jelingan manja je..mungkin tak sangka ada orang berani buat camni kot… kekekke.. apa2pun itulah antara kenangan manis zaman ranggi aku bersama Sherry!! Sherry I Luv u babeh!!!

 

Moral : Elakkan pakai tudung kaler sama dengan topi keledar bagi mereka yg naik motor.. dan elakkan kaler baju sama dgn sofa ke kain langsir ke..dikhuatiri org tak perasan kita lak sbb ingatkan sofa atau kain langsir lak..haru babe!!


Ok dah hampir 15cm cite aku ni.. till next time...


cheers!


Posted at 06:53 pm by screwloose
Comments (29)  

Tuesday, October 05, 2004
Dayang di Planet Hollywod

Hari yang ditunggu telahpun tiba. 2hb Oktober adalah hari yang amat sibuk dan penuh agenda oleh beberapa perwakilan AMTY, di mana AMTY telah menghantar wakil untuk ke Kaer's gathering..Nurul's dan juga Dayang show case. Aku telah melantik diri sendiri untuk mewakilkan AMTY ke Planet, begitu juga Yani, Sumie dan MagBox. Kami memikul amanah AMTY dan berjaya merealisasikan harapan kami yg menggunung tinggi... Tahniah untuk diri sendiri!!

Sila baca ke blog Yani dan MagBox untuk keterangan lebih lanjut. Setelah berhempas pulas beratur tanpa menghiraukan keringat di dahi, kami telah mengisi perut yg agak kekurangan makanan dengan 'Hollywood Sampler' yang telah di pilih oleh aku, dibayar oleh Yani dan di makan oleh semua bila berada di dining hall. Ternyata semangat 'gotong royong' yang kuat untuk menghabiskan makanan mengeratkan lagi perpaduan AMTY. Terima kasih Yani dan hubby kerana tanpa hubbynya Yani terpaksa mengorek poket sendiri.

Kami tidak dapat tempat di depan stage namun walaupun di atas stage ada kekosongan kami lebih rela menjadi low-profile di 'bahu stage' saja. Vokal dayang memang tidak dapat disangkal kehebatannya. Kerja aku sebagai ' camera woman' telah dicabar hebat oleh abang gitar kerana selalu enterframe! Ini sebagai bukti :

 
Abang Gitar yang telah mencabar kewibawaanku sebagai camera woman


Sebagai tanda protes kepada AG aku ambil gambar Acis

Namun ke'bengkek'kan terhadap AG telah dapat dapat diselamatkan oleh kehadiran Anuar Zain. Sumie dan Mag excited, Yani lupa daratan.. aku ala2 tergamam namun masih dapat 'melagakan bahu' dengan Anuar. Rupanya bukan kami je excited camera aku pun hilang tumpuan dan fokus sampai aku tekan punat nak tangkap gambar pun dia ala2 terkedu.. Namun, setiap usaha pasti berjaya...akhirnya aku dapat jugak tangkap gambar Anuar..err walaupun hanya rambutnya sahaja...


Jangan betul kan monitor anda.... Ini gambar rambut Anuar Zain dari belakang..


Gambar dari sudut belakang stage untuk peraduan 'Mari Teka Kepala Siapa'



Sesi Mari Berkenalan Bersama Dayang                     Dayang menyanyikan lagu tara kucha..hehe

 
Dayang bersama kucing belaan Ruffedge

Apa2pun misi kami tercapai dengan jayanya.. Selepas sahaja habis show aku, Sumie dan Mag telah mengadakan persidangan meja bulat di perkarangan Lot 10. Banyak juga 'kelongsong ketupat' yang kami anyam..yelah raya pun dah nak dekat ni kan kan kan...


Makan dan minuman yang lazat yang dapat memberatkan badan menjadi pilihan di PMB


Antara VIP yg hadir telah memberi 'Jelingan Manja'. Agak sedikit sexy di bahagian perut


Kejayaan berganda!!Aku berjaya mendapatkan kerepek sambal idaman


 



Posted at 04:01 pm by screwloose
Comments (29)  

Friday, October 01, 2004
*Goyang Kapla*

Aku ni boleh di kategori kan ala2 blur kadang.. eh!! blur tu si Magbox, aku tak boleh curi title dia tu.. Ampun ye Mag! Selalunya bila driving fikiran aku selalu melilau keliling dunia ada je benda pelik2 atau benda yg mendatangkan duit aku fikir. Kadang2 dlm kereta aku dengar radio tamil dari mula perjalanan sampai hujung perjalanan. Sumpah aku tak sedar sampai aku nak tutup radio baru aku perasan. Pagi gi kerja aku dengar THR, THR lak lepas kul 10AM dah jadi 'Raga Raga Raga' *goyang kapla* tu bila aku naik kete pi kejar appointment lepas kul 10 tak perasan langsung aku dgr radio tamil... boleh layan pulak tu. Ish tapi kadang2 aku ketuk2 jari gak dgr lagu tu... biar benar?! Now you know why I like to goyang kapla haaa..

Aku tak tau apa nak tulis as kepala aku dari semalam duk pusing 360 darjah.. mungkin pasal aku selalu *goyang kapla* kat tingkp Y kot tu kepala aku jadi pusing2 semacam.. tapi mcm dah lama benar aku tak update blog aku ni.

Kisah 1

Haa..bercakap pasal kepala aku selalu melayang bila drive ni.. semlm aku nak bayar toll kaedahnya aku kena la bagi kad tol tu kan sbb nak byr toll.. tapi dgn muka tak bersalah aku bagi toll gate girl tu  card yg aku amik kat dashboard.. yg budak ni pun ambik laa.. pastu muka dia mcm blank..aku tanya berapa..dia terkedu..aku hulur note RM5.. adik tu pun mcm tersedar dr mimpi "kak ni card apa akak bagi?" aku pun "Hah!*sambil hulur tgn nak tengok blk kad yg aku bagi* laa dik ni parking card akak laaa...sori..ingat nak masuk parking tadi" jawab aku cover line...dan ini bukanlah pertama kali aku buat begini... ayoyooo never learn!! 

Kisah 2

Last month aku pi UTP, Tronoh, Perak.. biasalah penat driving kan..fikiran pun mesti tak focus.. masa aku nak amik pas kat guard house.. aku bukak beg duit nak amik ic... tebal beg duit aku dgn kad yg ntah apa ntah.. so aku pun capai la ic.. aku pun gi register dan nak letak ic sbb nak pas pelawat. Aku bagi lah ic aku tadi kat pak guard.. dia senyum simpul..dlm ati aku..hek elee..yg ko senyum simpul apsal..ambik je la ic aku ni.. pak guard tu dgn suara ala2 control kata kat aku "ni untuk saya ke" dgn kondifennya aku pun angguk, "awak pasti untuk saya" tanya dia lagi senyum simpul.. hek elee..org tua ni dekat aku pun dia nak tunjuk bakat jadi pengacara.. masa aku nak ngangguk..hek elee baru aku perasan aku hulur kan Top Up card kat dia... patut la dia senyum simpul....kekeke malu siut..mcm nak sorok muka kat dlm bonet kete je masa tu!!

Moral - Pastikan otak, mata dan tangan bekerja untuk perkara yg sama..  kalau tak , otak fikir lain..mata tengok lain..tangan buat lain... haru babe!!

cheers!

Posted at 04:11 pm by screwloose
Comments (11)  

Monday, September 20, 2004
Malaysian Idol - Tan Sri P. Ramlee

Siapa tak kenal Allayarham Tan Sri P. Ramlee, baik yang kecil, besar, tua dan muda bila disebut namanya mesti terbayang filem2 lakonan arwah dan lagu2 dendangan beliau. Seorang yang dianugerahkan dengan bakat yang pelbagai..sehingga kini tiada pengganti.

 

‘Kehilangannya dirasakan ketiadaannya

 Ketiadaannya dirasakan kehadirannya”

 

Tema P. Ramlee kali ini terlalu nostalgia. Hanya yang menghargai dan menghayati sahaja yang dapat menzahirkan secara luhur lalu yang dipersembahkan dapat meresap di jiwa penonton. Ada peserta yang berjaya dan tak kurang yang gagal namun karya Tan Sri P. Ramlee akan kekal menjadi khazanah yang berharga.

 

Hakim undangan kali ini ialah Nasir P. Ramlee.

 

Vick, Getaran Jiwa – 3.8

 

Buat pertama kalinya aku menyukai penyampaian Vick. Pada mulanya aku menjangkakan Vick akan bernyanyi dengan pelat dan seperti biasa tiada tarikan tapi ternyata jangkaan aku meleset. Kawalan suara beliau sempurna dan lontaran suarapun jelas. Aku terpegun seketika.

R berpantun pulak kali ni          T. S. P selalu dikenang,

                                           Ku pikul rindu di atas bahu

                                           Nyanyianmu mungkin boleh menang

                                           Tapi hujung minggu baru tahu

G kata Vick membuktikan yang beliau boleh menyanyi lagu Melayu dgn baik. Boleh dibanggakan.

Nasir puji cara penyampaian Vick..tapi kalau boleh jangan tukar melodi banyak sangat.

P kata “U did your own style” dan menambah yang vick telah membuktikan kepada semua yang beliau bukan saja mempunya ‘pretty face’ tapi mempunya bakat juga.

 

Andrew, Jeritan Batin ku – 2

 

Sangatlah membosankan. Dengan sebelah tangan kanan yang longlai dilepaskan seperti lumpuh tidak berguna (sesekali saja yg digerakkan) Andrew cuba membuat persembahan yang terbaik(mengikut kata dialah!). Mesej tidak kesampaian, aku tidak dapat mendengar ‘jeritan batin’ beliau. Sepertinya beliau tidak selesa dengan lagu ini dan hasilnya aku juga tidak selesa mendengarnya.

R berpantun lagi      Jemuran diangakt oleh si Eni

                            Bujang Lapok pendekar berani

                            Ku heran kau masih di sini

                            Lagu yang sedap jadi begini…cak pong cak pong

“Too flat, kena banyak practise”, kata G.

“Andrew, rosak lagu ni..rosak”, keluh Nasir.

Paul kata Andrew nampak macam batu…(batu nisan ..kekeke)..Paul tak pasti yang Andrew betul2 berminat untuk meneruskan perjuangannya di MI…

 

Jac, Tunggu Sekejap – 4.5

 

“Tunggu sekejap wahai kasih, tunggulah sampai hujan teduh..” Aku amat menyukai lagu ini sejak menjadi anak dara baru naik dulu.. Pada aku Jac telah menyampaikan lagu ini dengan amat sempurna.. mesejnya meresap ke jiwa sehingga aku rasa nak nangis… boleh?! Banyak2 persembahan Jac, ini yang paling melekat di hati aku.

Pantun Roslan    Tiba waktu botol berbunyi

                        Zaiton dan Sudin cinta terpatri

                        Bakatmu tinggi bijak menyanyi

                        Tapi ku takut masuk bottom 3

G kata “stunning! No doubt lagu ini is the most beautiful song..the way u nyanyi memang baik sekali.

“Ish ish ish ini bukan cobaan… ini sedaaap” kata Nasir.

Paul kata Jac memang hebat!!

 

Dina, Jangan Tinggal Daku – 4

 

Memang nampak perubahan pad Dina dari awal dia masuk hingga sekarang. Vokalnya dilontarkan dengan penuh bergaya. Namun Jelingan Manja tetap di hati.

R : M’sian Idol semakin sengit

       Kassim Selamat dikeji selalu

      Walau beribu bintang dilangit

      Tidakkan sama adik ku ini yang Satu

G kata Dina dan banyak improve dari minggu ke minggu, minggu ni pun Dina nampak ayu..namun appearance kena jaga.

“Saya takkan tinggalkan Dina, Dina jangan tinggalkan MI” rayu Nasir.

Paul nampak perubahan pada Dina, dan dia berharap Dina akan ke final.

 

Saiful, Bunyi Gitar – 2.2

 

Seperti biasa Saiful masih bermasa’alah dengan pitching suaranya. Walaupun rancak dia menari twist tapi suaranya kadang2 dilontar kan ke parit.

R :  Bujang lapuk memasak kari

      Laksamana DO RE MI memang sahabat

      Muka mu canti tak terperi ( tak sure sangat sebb dah hilang tumpuan masa tu)

      Suara lunak masih tak dapat

G : Awal- awal dah terkucil

N : Belum sampai tahap lagi

P : Weird, tapi improve..U will leave MI soon tapi sebenarnya ini baru bermula… yang tak tahan tu Paul kata dah nak akhir Saiful baut macam Miss Universe..kekekeke…ada kaaa..

 

Hmm.. ada 2 peserta yang lemah yang tidak patut sampai ke tahap ini.. tak yah lah aku cakap sapa sebab satu Malaya dah tahu. Cuba bayangkan Sufiah, Rydee, Nikki, dan mungkin Shima ke tahap ini saingan pasti sengit.. Cuma tertanya2, kenapa Andrew terpilih ke Top32 dahulu… tiada yang lebih layak kah…???


Keputusan

Keputusan yang dijangkakan, malah rasanya kalau tak Saiful yang keluar..Andrew yang bakal meninggalkan MI namun Andrew masih dapat mempertahankan kekebalannya.. Mungkin minggu depan Andrew bakal menyusul Saiful... Selamat berjuang  di dunia realiti Saiful!!


 


Posted at 10:22 am by screwloose
Comments (10)  

Previous Page Next Page