|
|
 |
Friday, March 02, 2007
Aiseyman.. si Peah telah mentag Kak Temah untuk tulis pasal 6 perkara pelik. Kata dia kalau tak buat Ghost Rider akan menghantui idup Kak Temah..ishh.. apa sangat lah dengan Ghost Rider tu Kak Peah oiii.. aku ni dulu penunggang motor kuasa besar..dari dulu lagi Kak Temah dah jadi hantu motor woooi...lain la kalau kata jika Kak Temah tak buat KaK Temah tak leh terkentut dan terberut..kat belakang tu rasa tersumbat je...takde benda yg boleh melepasinya..kalau nak terkentut tak boleh, kalau tak angin sampai kepala mesti pungguq Kak Temah kembang dan kembung penuh angin.. eh apa Kak Temah merepek ni. Tapi itu baru mengharu kan boleh pitam n bebal pala otak kalau cukup 6 hari.. tapi kan KaK Temah pelik laa kenapa nak 6? Tidak 7? bukan ke orang selalu kata 7 lapisan bumi, 7 lapisan langit.. kita ada 7 kembar serupa dlm dunia...7 hari dalam seminggu....kenapa 6???bukan 7?? takpun kenapa tak 8?9?10?? Pelik KaK Temah ..
Pada Kak Temah lah kan, Kak Temah yang anggun mempersona ni kan, takde perkara pelik lah.. orang anggun mana de buat perkara pelik2 kan... tapi kan..kawan2 Kak Temah kata Kak Temah bukan pelik tapi Kak Temah BERADA DALAM KELAS TERSENDIRI. Haaa.. besar impaknya tu..ALA2 impak maksima!!! bunyik macam Kak Temah sebaris dengan LEGEND yang lain , ala2 sebaris dgn Tan Sri P. Ramlee, Saloma, Sudirman Hj Arshad, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza. Kak Temah suka amat!!!....Ish KaK Temah tak suka bila orang kata KaK Temah pelik sbb kalau dialih bahasa omputih jadi weird..bunyik nye lagi tak sonot...biasanya kalau org weird kat sekolah atau kat uni, depa tak fofular, tak jadi kesukaan ramai, sedangkan kak temah kat sekolah fofular lagi disukai ramai..ehh bukan kak temah yang cakap kak temah disukai ramai tau..tapi cikgu yang tulis dalam testimonial kak temah ok! Dalam Testimonial sekolah tu TERANG2 CIKGU TULIS 'DISUKAI RAMAI' so ala2 K kefofularan Kak Temah telah mendapat pengesahan daripada berkanun..takpun ala2 anugerah bintang fofular! Lagi satu kan ada ke kalau orang kata pelik dgn nada riang gembira?? mesti dgn nada yg penuh kehairanan "eeee... pelik lah kau ni..." "weird lah dia tu".. intonasi sungguh ke laut kan.. so kesimpulannya Kak Temah nak tulis 6 perkara yang buat Kak Temah Berada Dalam Kelas Tersendiri bukan 6 Perkara Pelik ok!!!
1. 6th Sense dan instinct Kak Temah kuat - yang ni adik badik Kak Temah pun ada keistimewaan. Susah mau cite dgn orang lah bab ni.. Lagi satu ada jugak dapat alamat melalui mimpi. Kadang2 kalau bekaitan dgn keluarga salah sorang adik badik Kak Temah pun akan bermimpi benda yang sama.. Kak Temah tak nak lah cite panjang bab ni, nanti orang tak percaya dan kata Kak Temah Pelik padahal Kak Temah berada dlm kelas tersendiri.
2. Kak Temah suka kereta lama mcm Volkswagon, mini, jaguar etc.. Wanita2 anggun mana de suka kete katak dan mini tu. Paling cekai pun depa suka kalau dpt bf yang ada volks beetle baru dan mini cooper baru.. tapi korang kena ingat Kak Temah ni Wanita anggun yang berada dalam kelas tersendiri, makanya minat Kak Temah berlainan daripada wanita angun yang mengklafikasikan diri mereka anggun. Kak Temah ada Volks tapi belum bikin lagi..cukup duit Kak Temah bikin anggun2 mcm tuannya. Kak Temah ingat, nak beli kete mini gak.. Kak Temah suka motor besar. Dulu Kak Temah bawak motor 500cc.. sexy motor tu siut!! Kak temah letak rambu2 kat handle motor.. kak Temah letak beg poket Harley Davidson kat petrol tank, nak nampak ganas tank tu ada gambar bola2 api menyala2 ala api mcm Ghost rider tu.. ganas kan kan kan? Kak Temah suka!! Kak Temah suka!! Kak Temah tak penah accident on the road..jatuh pun tak penah on the road sbb Kak Temah sangat berhemat di jln raya. Kalau ikut ikat hi-way tu Kak Temah bawak 130-140km/hr je ..tapi kan malu nak cite.. memang tak penah accident or jatuh on the road tapi Kak Temah jatuh terhempap motor yang berat amat tu masa nak masuk parking.. elok je masa Kak Temah nak belok masuk parking dgn penuh hati2 lagi tawaduk..slow and steady je motor Kak Temah rebah dgn Kak Temah2 landing..
Kak Temah nak cite ni.. Kak Temah tak terangkat pun motor tu tau sbb kalau x silap Kak Temah beratnya 160kg..kaki Kak Temah terhempap kat motor tu.puas Kak Temah tunggu org tlg angkat motor tu..10 min la Kak Temah tunggu, boleh kemek kaki Kak Temah..pastu dtg satu brother tu..terus dia berlari anak kat Kak Temah, dia pun cuba mengangkat motor tu.."mak aii beratnya'' heheh tak terangkat pun , tapi dapat la melepaskan Kak Temah pastu Kak Temah tlg angkat motor sama2. Terus dia nak berkenalan dgn Kak Temah. Tapi Kak Temah ni pemalu mak Kak Temah pesan jgn nak pandai2 berkenalan dgn org yang jumpa tepi jalan so, Kak Temah ucap terima kasih byk2 . Mana boleh bagi contact kat ntah sesapa, ingat ini sistem bate?? Sistem tukar suka sama suka?? Kaki Kak Temah cuma lekuk n lebam je masa tu takde serious..
Kak Temah sangat bersemangat lah bila cite pasal motor ni. Kak Temah nak melalut cite pengalaman pasal Kak Temah dan motor. Ada satu mlm ni kan.. Kak Temah dan kawan2 Kak Temah pegi tengok live band kat Concorde. Motor Kak Temah parking depan Hard Rock..ehh of course!! Motor berkuasa besar mesti parking dekat tempat selayaknya kan…(eksyen nya Kak Temah)… kat situ semua motor besar2 je. Kawan2 lelaki Kak Temah semua bawak kapcai so depa park kat tempat kasta rendah la. Masa nak balik Kak Temah tengok ramainya orang beratur nak masuk HRC, Kak Temah pelik lah awat sampai begitu, seumur idup Kak Temah sekali je masuk sana , itu pun last year.. Depa parking betul2 belakang tempat parking motor. Pastu Kak Temah agak gelabah sbb Kak Temah malu nak menunjuk2 yang Wanita anggun mcm Kak Temah bawak motor besar, mak pesan be humble selalu. So, Kak Temah pun patah balik carik kawan lelaki Kak Temah mintak tlg bawak motor tu sampai dpn Concorde. Kak Temah sungguh berhati murni sbb Kak Temah bagi dia peluang mengorat pompuan2 kat dpn HRC dgn motor Kak Temah, Tapi sebenarnya kan kalau ikut cite or skrip asal, Kak Temah takut tak larat nak tarik motor tu, dah lah kejadian di atas dah menghantui idup Kak Temah, tak pasal2 Kak Temah malu depan orang ramai kalau terlanding dgn motor lagi sekali. Betul kan Kak Temah kata dlm Kelas Tersendiri…
3. Kak Temah gagah berani dan suka ambik risiko. Orang lain mungkin takut atau menjauhkan diri dari sebarang risiko tapi disebabkan Kak Temah dalam kelas tersendiri, Kak Temah tak kisah buat benda yang berisiko tinggi walaupun pada dasarnya Kak Temah takut tinggi. Tapi jgn salah anggap, risiko tu semuanya Kak Temah study dulu dan sediakan perisai. Kak Temah pernah cakap dgn ED dan MD bersemuka dan bertentang mata (masa Kak Temah keje dgn orang) Kak Temah kata depa tak professional dan ’depa suka ‚orang jilat buntut depa’ Kak Temah memang guna ayat tu ye... Kak Temah kata lagi kat depa Kak Temah tak kisah pun kalau depa nak pecat Kak Temah sbb rezeki Kak Temah bukan kat tangan depa, rezeki Kak Temah ditentukan Allah. Beranikan Kak Temah..tu lah kan Kak Temah dah kata Kak Temah ni gagah berani.Tapi korang kalau keje setakat ala2 je kan jgn buat mcm Kak Temah sbb mcm Kak Temah ckp awal tadi Kak Temah dah sediakan perisai, Kak Temah pekerja contoh dulu, kalau Kak Temah takde susah gak idup depa, so Kak Temah tak dipecatkan pun tapi dpt xtra elaun.
Bila dah dpt extra elaun Kak Temah berhenti kerja dan pilih untuk belajar buat bisnes. Sangat berisiko keputusan Kak Temah. Padahal keje lama Kak Temah tu income Kak Temah meletup2..6 angka p.a. Tapi Kak Temah tak kisah, pada Kak Temah rezeki tu Allah yang bagi, Allah boleh tarik semua sekelip mata dan Kak Temah bersedia kalau bis Kak Temah lingkup. Biasalah bisness ada naik turun begitu gak income Kak Temah, menjunam 60% kurang.. tercekik gak Kak Temah tapi orang kata kita kena belajar setiap hari..hari2 Kak Temah belajar.. yg mana salah Kak Temah tak ulang.kalau ulang gak..Kak Temah boleh diklafikasikan di bawah label bebal sedangkan Kak Temah dalam kelas tersendiri.. tapi Alhamdulillah sekarang, Kak Temah adalah rezeki untuk dikongsi dgn mereka2 yang rapat dgn Kak Temah parents, keluarga, sahabat dan staff Kak Temah. Kak Temah perturunkan ilmu yg ada pada staff2 Kak Temah sbb Kak Temah nak depa idup senang gak.. Moral di sini ya adik2 jgn takut membuat keputusan nak lak kalau membabitkan risiko sbb kita takkan bergerak langsung kalau takde kekuatan dalam diri.
4. Kak Temah ni charming...heheheh... Kak Temah boleh charm orang dengan kata2..tapi Kak Temah bukan jenis yg suka menabur janji manismu Cuma keikhlasan Kak Temah terpancar dari hati terus menusuk hati sanubari orng lain.. err sebab tu Kak Temah buat sales and in the bis.
5. Kak Temah suka membeli dah tu kadang2 tak pakai pun. Bila tak pakai Kak Temah bagi la kat orang. Benda yg Kak Temah beli tu tidak lah murah. Ada lagi baju yg Kak Temah beli tapi tak pakai2. Kadang2 Kak Temah lupa letak mana. Yang untung sepupu Kak Temah lah selalu dapat baju seluar..dan kadang2 dlm poket tu siap datang dengan pakej ‘pocket money’..sebab basuh lupa nak cek poket..Hari tu sepupu Kak Temah called kata tima kasih sebab seluar yg Kak Temah bagi siap dgn pocket money RM 27.. ini ntah kali yg keberapa ntah… Bukan Kak Temah ni membazir orang nya.. bukan , jgn salah anggap, tapi alasan untuk Kak Temah memberi... ;p
6. Kak Temah ni expensive.. Waaa bunyi mcm pompuam materialistik je kan. Tapi sebenarnya mang la Kak Temah ni expensive sbb unt penjagaan kulit Kak Temah cuma boleh guna 2-3 product je.. dah sah2 jenama tu mahal..Kulit Kak Temah ni sensitif silap pakai boleh bengkak dan merah mcm udang kena bakar. Kaki Kak Temah pun satu hal pulak, 2-3 brand je yg menepati piawaian kaki Kak Temah kalau tak kaki ku akan sengsara sebab kedudukan tapak kaki Kak Temah dlm kelas tersendiri, so far 3 brand je yg menepati piawaian dan 3 brand pun leh tahan la harganya. Bab pakaian pun satu hal, kalau tak kena material kain, boleh beruam kulit Kak Temah. Shirt keje atau sut, Kak Temah kena tempah sbb bahu Kak Temah ala2 rugby player susah nak dapat yg betul2 terletak kalau beli siap, kalau ada pun harga nak mati... Cuma 2-3 tailor je yg buat terletak dan harga upah je kadang2 dah boleh beli baju siap... Tapi Kak Temah tak komplen dan Kak Temah tak nyusahkan orang. Sebab tu la Kak Temah kena keje kuat untuk tampung kelebihan Kak Temah tu..
Adoiii..panjanglak cite Kak Temah..ish tajuk ni Kak Temah sukalah, sebab tajuk nya sungguh Kak Temah...dan bukti untuk mengesahkan sesungguhnya KAK TEMAH BERADA DALAM KELAS TERSENDIRI... Yeayyy suka!!!
Posted at 03:11 pm by screwloose
Permalink
Friday, December 15, 2006
Sinar Harapan Hujung Tahun?
Pejam celik pejam celik dah nak hujung tau... cepatnya masa berlalu, tersangat pantas terasa. Lama dah tak menulih, aku rasa mcm dah takde idea dan tak kreatif langsung untuk menulis. Mungkin sebenarnya aku takde masa yg terluang. Tahun 2006, aku duk travel in out je. Kalau org tengok jadual aku mungkin org tu dah penat tapi aku ok jer sbb aku suka apa aku buat..tersangat enjoy buat apa yg aku pakar. Sebenarnya aku suka menulis tapi terpaksa gantung pen ehh gantung keyboard lah patutnya kan.. Tapi nak kata aku tak menulis tak gak, aku nulis gak karang surat, proposal yg bernilai jutaan ringgit tapi tak sama dgn perasaan dgn menulis yg tidak mengharapkan apa2 pulangan lumayan dr segi wang ringgit atau material. Aku ada hutang lagi kat one of the mag, sepatutnya ada sambungan tapi sampai la ni tak buat2 lagi..aku tak kisah sangat dgn bayaran drp mag ni sbb 1 artikel(1 pg hanya RM100-200 je tapi seronot meluahkan idea dan rasa..
Aku bukan nak cite bab tulis2 ni sebenarnya tapi aku nak cite pasal azam 2006 aku dulu.Aku nak review samada berjaya atau tidak. Penghujung 2005 aku telah membulatkan tekad untuk menurunkan berat badan ke berat 2003-04 aku iaitu 51-52kg. Mari kita saksikan samada berjaya dgn jayanya atau tak.
Awal 2006 Berat aku 54kg. Sangat bersungguh2 mengnyahkan lemak perut dan bahu. Kerap pegi swimming dan yoga. Yes! Yes! turun ke 53kg! Anda Berjaya!
2nd quarter of 06 Sangat gembira dgn kejayaan 1stQ... aktiviti makan makan dan makan dan makan100x. Berat dah turunkan so boleh pudat semua makanan. Baju swimming pun ntah ke mana yoga ntah kemana. Perkembangan yang memberangsangkan dan terasa sangat kembang sejambak...57kg... Anda Gagal!
3rd quarter of 06 Travel ke oversea bagai nak rak dgn harapan tak cukup makan kat sana jadi boleh lah mengunakan lemak dibadan yang ada sebagai pembekal tenaga....tapi tetap gagal... Apa kau ingat kau unta?????
4th quarter of 06 Bulan puasa yang penuh rahmat telah menyelamat kan keadaan...berat turun terus 54kg di akhir Ramadhan. Dapat mengekalkan 54kg sepanjang bulan Syawal. Menghabiskan hujung Syawal di rantauan dgn harapan tak cukup makan , harapan setinggi gunung balik2 biarlah at least 53kg. Balik je last 2 weeks, timbang terus... 55kg!! Gagal! Gagal! Gagal! Tinggal 2 minggu je lagi masih ada kah sinar harapan untuk lemak2 aku ditukarkan kepada tenaga yang lebih diperlukan oleh kawasan persekitaran di luar dan bukan kekal di kaw persekitaran badan aku???
Oh 2006 berilah aku sinar harapan itu........
Posted at 11:31 am by screwloose
Permalink
Wednesday, August 23, 2006
Semalam bersamaan dengan 22/8/06 maka genaplah 100 hari Emy pergi menghadap Illahi. Masa begitu pantas berlalu, namun gelak tawa dan senda gurau masih tergiang2 di kepala. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan digolongan2 orang yang solehah. Amin. Al-Fatihah
Posted at 05:46 pm by screwloose
Permalink
Tuesday, August 01, 2006
Hani Mohsin Dalam Kenangan
Esok lebih kurang pukul 10am genaplah satu minggu Allahyarham Hani Mohsin pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Aku mendapat sms drp Azman lebih kurang pukul 10 lebih menyatakan Hani Mohsin telah meninggal di LCC KLIA. Macam tak percaya saja, setengah jam kemudian Zizan pula telah menghantar perkhabaran yg sama.
Memang tiada kaitan persahabatan diantara aku dan arwah, cuma aku diantara yang menghargai bakat yang ada padanya. Pada Rosyam Nor aku lebih menggemari bakat arwah. Kesemua wayang dan teater yang pernah dilakonkan oleh arwah aku tonton.
Hati aku sayu bila menonton Melodi, melihat persedian urusan jenazah. Ternyata anak tunggal arwah sangat bijak bertutur walaupun dalam keadaan yang begitu sebak..English pun sangat lah berabuk.. Aku tabik hormat pada Tiara dan suaminya yang bertungkus lumus menguruskan jenazah.
Walaupun arwah tidak pernah menggondoli apa2 anugerah penghormatan sepanjang hidupnya, namun penghormatan yang diberi dihari pengkebumiannya membuktikan bahawa arwah sangat disenangi oleh ramai orang.
Doa aku semuga Roh Hani Mohsin di tempatkan dikalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka. Amin
AL-Fatihah
Posted at 02:58 pm by screwloose
Permalink
Tuesday, July 18, 2006
Tukang Kayu, Tukang Karut haa Tukang Gigi?
Orang kata jauh perjalanan luas pandangan dan makin banyaaaaaklah pengalaman. Aku setuju sangat. Banyak tempat aku merantau, terlalu jauh beribu batu aku mengukur jalan tapi tak pernah aku jumpa 'Tukang' yang satu ni. Tukang kayu dan tukang besi bersepah2 boleh jumpa walaupun di Jerman, tapi 'TUKANG GIGI'??? Ishh tak dapat aku bayangkan beriya2 depa bertukang untuk buat gigi, agak2nya siap ada ukiran tak kat gigi tu? ;p gambar diambil di Sumatera BaratKorang jangan main2 dengan 'tukang gigi' ni, siap ada branch tau.. sepangjang perjalanan aku, aku jumpa 3 cawangan..good bis lah tu. Aku tujukan entry ni unt kwn aku yg baru menjelitakan gigi dia, sangatlah aku terpesona dengan pancaran gigi mu itu wahai sahabat. Buat Mek, Y dan yang lain2 pi lah jumpa tukang gigi bila sakit gigi ok! Ok, pesanan terakhir, sayangilah gigi anda sebelum ia berteraburan... daaaa
Posted at 02:14 pm by screwloose
Permalink
|