Entry: HAPPY NEW YEAR!!!!!! Wednesday, January 02, 2008



Wuyyooo cepatnya dah 2 Jan 2008 hari ni.. entry 2007 pun boleh bilang dgn jari... Oooops.. Masa penutup 2006 Kak Temah 55kg kan.... dan sekarang 2hb Jan 2008.. Kak Temah kurang 500gram untuuuuuk 55kg... hahahaahaa...nyampah takde beza pun.. tapi kan perjalanan berat badan Kak Temah sepanjang 2007 tu sungguh amat memberangsang dan begitu berkembang dgn maju... 1st quarter kak temah naik 57... 2nd quarter Kak Temah makin kembang 58kg dan sebelum puasa Kam Temah naik 59.5kg... aiyyooo!! Kak Temah tak pernah berat macam ni pun... moral down bila timbang.. pakaian Kak Temah semua dah takleh pakai.. Kak Temah frust..Sebagai artis Kak Temah mesti mengekalkan bentuk badan Super Model .. untuk watak2 Heroin kan.. Nasib baik seorang rakan artis Kak Temah telah 'membimbingkan' Kak Temah ke 'pangkal jalan'... dalam masa 2 minggu Kak Temah telah berjaya mengnyah lemak sebanyak 3kg.... sampai 54kg..bila 54kg Kak Temah stop sebab Kak Temah tak nak kerempeng pulak.. biar sedap2 mata memandang gitu... Sebenarnya bukan kecantikan yg Kak Temah titik beratkan, tapi bila memandangkan bila badan bertambah berat, nak pikir kos yang naik tu mcm tak larat.. baju nak kena beli yg saiz baru... makan nak kena mkn lebih... tu belum cite bab kesihatan... stamina takde, asik mengah je... so, kawal lah berat badan kita untuk kesihatan dalaman dan luaran...

BTW.. sepanjang tempoh 2007, ada benda2 yg terjadi yang Kak Temah tak boleh lupa dan ada yg Kak Temah tak nak ingat pun.. buang bogheh...

Bab percutian, Kak Temah pi cuti sorang2 ke bali masa CNY..Kak Temah sewa motor and pusing satu KUTA dan Ubud... BEST! Percutian yg paling Kak Temah tak ckp banyak laa... melayan perasaan sendiri.. Kak Temah pi Bangkok dgn 3 kwn.. Meriah and happening!! Luv u gals!!! Pastu Kak Temah pi Bandung dgn mak... shopping, makan shopping, makan dan seterusnya.

Bab career.. Alhamdulillah dapat jugak melebarkan sayap..walaupun 1st quarter Kak Temah semput sebab project yg Kak Temah duk buat ground work setahun lebih dan almost masuk ke mulut telah disambar oleh Helang yang besar lagi ganas!!! Tapi syukur Allah itu Maha Adil, syarikat Kak Temah dapat projek lain....kalau kita ikhlas, usaha dan tidak kenal putus asa, rezeki yg lain mesti ada... Kak Temah percaya itu dan ianya adalah kata2 azimat yang Kak Temah sentiasa pegang.. Staff kat sini pun makin ramai... dari Kak Temah sorang pada hujung 2003 sampai 13 org sekarang dan aktif ambil budak praktikal buat in-plant training . Dari Kak Temah aktif chat dan blogging sebab banyak masa sampai Kak Temah takde masa langsung nak baca blog org lain inikan nak update blog sendiri.

Bab percintaan..hmmm.. hard to say... adalah si dia yg pernah melamar dan main tarik tali jugak... bertanya lagi... hello brader, we should get marry 2 thn lepas ok... Kak Temah x nampak his direction bila tanya abg dia, abg dia pun tak tau apa yg dia hendak.. Kak Temah dah tak larat nak tunggu 2,3 tahun lagi dgn dia.. bih baik takde commitment dgn dia now, later and forever.... so, kami hanya kawan..

Achievement... mmm.. Kak Temah dah dapat pakai kete idaman Kak Temah dulu2.. dah 4 tahun lebih Kak Temah mengidam kete ni.. di sebabkan dah 4 tahun ala2 dah basi.. bila dpt pakai, Kak Temah rasa biasa je.... errr sebenarnya Kak Temah dah ngidam kete lain pulak..
Kak Temah beli umah lagi thn 2007 sbb nak duk sendiri.. sebab siankan Along takde privacy sejak dia kawin...dah Kak Temah menumpang... Lagi satu Kak TEMAH BERJAYA TURUN KAN BERAT almost 6kg ok... yeayy suka... tapi jgn le naik lagi... Kak Temah beli kereta lama untuk drift....hahhahaaa.. yo lah tu.. kete dalam workshop tengah buat proses pemulihan...

Untuk 2008, apa yg Kak Temah idamkan???

Kak Temah nak jadi contractor ubah-suai rumah.. .dan ID ..uhuhuhuuu.. sejak Kak Temah renovate n design umah sendiri ni, rasa macam seronok je...nak lagi bila org kata umah Kak Temah yang hampir siap tu ramai gak yg bagi positiv feedback..so target Kak Temah nak masukkan dalam Impiana, Anjung Seri dan segala majalah lagi...hehhehe.. nampak mcm ada harapan. Kak Temah dah suruh adik Kak Temah register company baru... baru 3 minggu registered dah ada 2 job in-hand... wuyyoo!! kita kena bergerak cergas dan pantas!!!

Nak turunkan berat dan maintain 53kg forever n ever ;p

Nak belajar memasak sampai tahap boleh bukak cafe..

Nak naikkan Haji untuk arwah atuk..

Nak buat manyak $$$$$$$.. jgn salah anggap.. Kak Temah bukan mata duitan... Kak Temah tau duit tidak boleh membeli kebahagian..tapi kalau kita berduit sedikit sebanyak kita boleh memberi sedikit sinar harapan dan kebahagian untuk orang lain....

list Kak Temah panjang lagi... sapa kenal rapat dgn Kak Temah dah masak dgn senarai cita2, angan2, mimpi indah Kak Temah.... tapi depa tau juga kesungguhan Kak Temah untuk menggapai bintang....

Kita ingin berjaya dlm career??? Jgn lupa agama, jgn lupa ibu-bapa, plan, fokus, rajin, usaha, belajar, usaha, belajar, usaha, jgn merungut bila kerja menimbun(nanti tak berkat dan jatuh tak ikhlas), sanggup ambil calculative risk, takde putus asa dalam vocab, committed dan jgn lupa daratan in between. Ni kira formula ke?? rasanya semua org dah tau kalau nak berjaya kena ada semua ni..tapi kenapa masih ramai di takuk lama.... Biar lah cita2 kita setinggi langit...kalau tak tercapai pun sekurang2nya gunung everest boleh ditakluki ..masih tak mampu, gunung kinabalu ada lagi..tak juga mampu, gunung tahan menanti..kecundang lagi klcc masih tinggi... Kalau cita2 hanya setinggi busut.. busut pecah apa yg ada untuk kita... cita2 dan harapan punah begitu sajaaa..

Kak Temah mahu menggapai bintang dan sesiapapun tidak berhak untuk menghalang (kecuali ketentuan Allah) Kak Temah tidak akan menjadi lalang, Kak Temah mahu jadi orang terbilang...

   3 comments

lanai
January 20, 2008   08:50 PM PST
 
Aims and dreams

The life of one’s journey

Any age any time

It is there

Yet one must know

The limit one has in life



The road to success

Only for those who know what to find

Where to find how to fish it

A little bit of hard work

Lots of friends to help

Paving the way

Give support you do it your own



It is always said aim it higher

I say aims and dreams on what you can achieve

Don’t go climbing like a monkey

Only bring down the coconuts



Also remember about fate

It is written the day you were born

You can change the parasites

You can’t run away the core objects



So it is in your hands

The way you want it

Aims and dreams

Just don’t be greedy when you try

The rest on fate

And divine support when you pray



lanai 20/1/08 9.50pm
UC
January 27, 2008   08:25 PM PST
 
yeah kak temah kembali...lama tul tak baca tulisan kak temah ni... muahss
malaysia web design
July 2, 2009   02:52 PM PDT
 
ya masa cepat berlalu

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments